Artis pukul abang ipar ditahan

Polis sudah menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan yang terletak di Bandar Tun Razak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 41 tahun berselisih faham dengan suspek pada jam 2 petang semalam.

Katanya, suspek yang juga adik ipar mangsa bertindak memukul dan mencederakannya di bahagian kepala serta badan menggunakan besi panjang.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Bertindak atas maklumat, pada jam 12.01 tengah malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras membuat tangkapan ke atas suspek yang berusia 64 tahun di pekarangan IPD Cheras.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. BH

Artis pukul abang ipar ditahan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker