Penyamun berkopiah samun 2 iPhone (Video)

‘Berayalah Dalam Lokap Nanti’

Penyamun berkopiah samun 2 iPhone (Video)

Memiliki telefon pintar jenama Apple merupakan salah satu status quo yang sangat dipandang tinggi oleh masyarakat pada hari ini.

Ramai yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memakai telefon pintar tersebut, termasuklah mencuri.



Baru-baru ini tular satu klip video menunjukkan seorang lelaki berkopiah mencuri dua buah iPhone di sebuah pasaraya di USJ.

Menerusi video yang dirakam menerusi CCTV yang ada di kawasan kaunter, lelaki tersebut berpura-pura menjadi pelanggan.

Selama hampir dua minit dia bertanya bermacam-macam soalan kepada pekerja kedai tersebut.

Sehinggalah dia mahu membuat ‘pembayaran’, ketika pekerja di kaunter leka, lelaki berkopiah itu segera menyambar kedua-dua iPhone di hadapannya lalu melarikan diri.



Hantaran video itu telah mendapat pelbagai reaksi warganet. Ramai menyatakan walaupun ‘syaitan’ telah diikat, masih banyak lagi ‘syaitan bertopengkan manusia’ merayau-rayau ketika bulan Ramadan ini.

Pada masa sama netizen turut menyelar tindakan lelaki itu memakai kopiah membuatkan orang ramai memandang serong terhadap orang muslim yang lain.

Dalam pada itu, orang ramai menyatakan pasti tindakan lelaki itu berakhir sia-sia kerana Apple itu mempunyai fungsi untuk mengunci iPhone mereka sekiranya berlaku insiden seperti itu. Vc

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker