RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive
RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive
Perkahwinan gilang gemilang dan serba mewah dalam segenap segi menjadi impian setiap pasangan.
Bagi yang berkemampuan ia boleh sahaja direalisasikan seperti dilakukan oleh pengasas jenama tudung terkenal, Bawal Exclusive, Haliza Masyuri sanggup mengeluarkan belanja besar demi menjadikan majlis perkahwinan anak sulungnya diingati sebagai satu moment indah.
Dalam majlis perkahwinan diadakan di sebuah hotel lima bintang di sini, baru-baru ini, Haliza memperuntukkan lebih RM3.5 juta dalam majlis menerima menantu pertamanya itu.
Pada majlis berkenaan, menantunya yang dikenali sebagai Sarah tampil menawan mengenakan busana mewah berwarna putih dihiasi 189,936 batuan Swarovski dari Austria.
Busana mewah itu disempurnakan pereka terkenal, Rizman Ruzaini yang menggabungkan lima jenis batu Swarovski bernilai RM300,000.
Bagi acara lain, Sarah turut menggayakan tiara eksklusif, iaitu satu-satunya di dunia. Tiara bertatahkan 233 kristal lutsinar itu direka khas oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski, Giovanna Engelbert.
Tiara dipakai Sarah adalah perhiasan direka khas sempena acara Vienna Opera Ball iaitu, sebuah majlis tari-menari yang diadakan di Austria.
Beliau yang juga jutawan tudung berkata, tiara yang dimilikinya itu sangat berharga kerana ia adalah pemberian pihak Swarovski kepada menantu kesayangannya itu, malah tiara itu juga tidak dijual di mana-mana.
“Ini adalah inspirasi daripada perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski. Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 butiran kristal jernih.
“Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.
“Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski, tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Austria dan sejarahnya yang berusia 129 tahun,” katanya.
Tambah Haliza, sebelum ini pihaknya beberapa kali meminta supaya tiara itu dijual kepadanya, namun pihak Swarovski memaklumkan barangan itu bukan untuk dijual.
Bagaimanapun, Haliza berkata beliau tidak menyangka akhirnya pihak Swarovski menghadiahkan tiara itu kepada menantunya untuk dipakai ketika acara persandingan.
Ketika majlis berkenaan, Haliza turut mengenakan busana lengkap rekaan Faizuluziaf yang dihiasi 72,000 biji batu-batuan Swarovski yang dibawa khas dari Austria bernilai RM170,000 di mana fabriknya ditempah khas dari Eropah. BH
RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive
Baca Artikel Menarik:
- Pemandu dipukul mati sah positif dadah
- Bekas setiausaha sulit kanan Menteri Pelancongan diperintah bela diri terima suapan
- ‘Ibu ayam’ paksa budak 11 tahun melacur ditahan
- Zarina Zainuddin nak ‘azan’ telinga penyondol
- Malaysia desak Israel undur, bayar pampasan penuh kepada Palestin
- Setiap kali bergerak, saya akan dihentak, ditendang tentera Israel
- Mahathir berisiko ditahan jika tak sertai RCI Batu Puteh bila dipanggil
- Masalah Hadi-Muhyiddin masih tak selesai walau jumpa 2 kali
- Keluarga pemandu dipukul mati tuntut keadilan
- Kucing kayangan disamun, pemilik ditetak
- Doktor dituduh amang seksual 6 pesakit kanak-kanak
- ‘Sugar baby’ berpakaian mewah bernilai RM176k (Video)
- Harta Mokhzani terlalu banyak, lanjutan masa wajar diberikan – Azam
- Puad sedia berdepan Rafizi
- Masalah Hadi-Muhyiddin masih tak selesai walau jumpa 2 kali
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan biar saya mati macam P Ramlee
You must be logged in to post a comment.