Bekas juruwang dipenjara salah guna mesin pin Touch ‘n Go cecah hampir RM600,000, dakwa dimanipulasi tampung gaya hidup bekas kekasih
Bekas juruwang dipenjara salah guna mesin pin Touch ‘n Go cecah hampir RM600,000, dakwa dimanipulasi tampung gaya hidup bekas kekasih

KUALA LUMPUR: Seorang bekas juruwang sebuah pasar raya yang mendakwa dirinya dimanipulasi untuk menampung gaya hidup bekas kekasih, dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas 14 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram berjumlah RM568,200.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan dihadapi Nur Atiqah Asyirah Muhamad Fauzi, 29, dan memerintahkan hukuman terbabit berjalan serentak bermula hari ini.
Dalam rayuan meringankan hukuman, peguam, Arik Zakri Abdul Kadir yang mewakili tertuduh, berkata anak guamnya telah dimanipulasi oleh bekas kekasih untuk menampung gaya hidup sehingga lelaki itu dapat memiliki kenderaan.
“Selama lapan tahun bekerja, tertuduh adalah seorang pekerja yang berdedikasi, berdisiplin dan pernah menerima anugerah.
“Kejadian ini telah menjadi pengajaran kepada tertuduh, dan dia telah insaf serta tidak akan mengulanginya lagi.
“Saya memohon anak guam dikenakan hukuman rendah atas alasan dia menjaga ibunya yang diserang angin ahmar, selain memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan dan ini adalah kesalahan pertamanya,” kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Batrisyia Mohd Khusri, bagaimanapun memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira tertuduh adalah seorang juruwang kanan yang telah diberikan amanah terhadap mesin terminal itu dan tindakan tertuduh merugikan syarikat, selain ia dilakukan secara terancang.
“Mengenai tertuduh merupakan pekerja berdedikasi, tertuduh telah menggunakan ilmu serta kemahiran untuk melakukan pecah amanah, manakala ‘romance scam’ tidak boleh diambil kira dan ia bukan alasan untuk tertuduh melakukan kesalahan itu,” katanya yang mengendalikan kes itu bersama Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Affendi dan Nurliyana R Azmi.
Mengikut dua pertuduhan pecah amanah, wanita berkenaan yang diamanahkan dengan mesin terminal pin milik pasar raya itu, didakwa menyalahgunakan mesin terbabit dengan mengeluarkan nilai pin Touch ‘n Go eWallet berjumlah RM98,800 untuk ditebus nilai ke dalam akaun Touch ‘n Go eWallet milik tertuduh, antara 7 Januari 2023 hingga 9 Julai 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 14 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Tambahan RM40,000 Disalurkan, Baik Pulih Padang Awam Felda Bukit Easter
- Kerjasama Perlu Berteraskan Hormat, Bukan Sindiran Politik – Hasrunizah
- Kerajaan Pahang Salur RM353,695 Kepada 51 Penerima, Bukti Komitmen Kebajikan Rakyat
Wanita itu juga didakwa atas 12 pertuduhan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM469,400 ke Touch ‘n Go eWallet milik tertuduh, adik-beradik dan rakan-rakannya secara menebus nilai pin Touch ‘n Go antara Januari 2023 hingga Ogos 2024 di pasar raya sama di Kepong.
Pendakwaan bagi kesalahan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum bawah Subseksyen 4(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh dikenakan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Mengikut fakta kes, perbuatan itu terbongkar selepas pengurus pasar raya itu mengesyaki tertuduh telah mengambil sebuah mesin peranti terminal e-pay tanpa kebenaran.
Hasil semakan rekod e-pay kemudian mendapati tertuduh dipercayai menggunakan mesin peranti terminal itu bagi tujuan tambah nilai Touch ‘n Go eWallet sejak Ogos 2022 hingga Julai 2024 untuk kegunaan peribadi.
Bekas juruwang dipenjara salah guna mesin pin Touch ‘n Go cecah hampir RM600,000, dakwa dimanipulasi tampung gaya hidup bekas kekasih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
- Melaka Terus Pacu Pembangunan, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN
You must be logged in to post a comment.