5 pekerja terdedah tumpahan merkuri di premis syarikat kurier

5 pekerja terdedah tumpahan merkuri di premis syarikat kurier

5 pekerja terdedah tumpahan merkuri di premis syarikat kurier
Bungkusan pos yang pecah semasa proses pengasingan menyebabkan tumpahan merkuri, dalam kejadian di sebuah premis di Jalan Trengganu di sini. – Foto NSTP

GEORGETOWN: Lima pekerja syarikat kurier dan logistik menerima rawatan selepas terdedah kepada tumpahan merkuri daripada satu bungkusan yang pecah ketika proses pengasingan barangan di premis itu di Jalan Terengganu, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.03 tengah hari.

Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak terus ke lokasi.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati berlaku tumpahan merkuri dianggarkan sebanyak 500 mililiter yang berpunca daripada satu barangan pos yang pecah semasa proses pengasingan di premis berkenaan.

“Seramai lima pekerja dilaporkan terbabit dalam kemalangan itu dan pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) turut digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi kawalan serta kerja-kerja nyahcemar,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

Beliau berkata komander operasi Hazmat telah menjalankan penilaian awal di lokasi sebelum mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan nyahcemar menggunakan serbuk sulfur serta peluntur.

John berkata pasukan bomba turut menjalankan pemantauan dan mengambil bacaan persekitaran bagi memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat serta bebas daripada sebarang risiko pencemaran berbahaya.

Katanya, operasi membabitkan 17 anggota termasuk penyelia daripada BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru itu ditamatkan sepenuhnya pada 3.06 petang setelah memastikan tiada lagi unsur berbahaya di lokasi.

“Tiga lelaki dan dua wanita kesemuanya berusia 20 hingga 45 tahun yang bekerja di situ diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.

John berkata setakat ini, semua mangsa termasuk dua lelaki Myanmar yang terbabit dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

5 pekerja terdedah tumpahan merkuri di premis syarikat kurier


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker