3 penuntut universiti Singapura bukan ditahan, pemeriksaan biasa
3 penuntut universiti Singapura bukan ditahan, pemeriksaan biasa

KUALA LUMPUR: Tiga penuntut dari sebuah universiti di Singapura bukan ditahan seperti ditularkan, sebaliknya prosedur biasa pemeriksaan ketika Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2026 di Pangkalan Udara Kuantan, Sabtu lalu.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, berkata secara umumnya mereka bukan ditahan tetapi prosedur biasa apabila program dilaksanakan akan ada pemeriksaan rawak bagi memastikan keselamatan diperkasakan.
“Saya telah dimaklumkan bahawa ke semua mereka adalah adalah penuntut di sebuah universiti di Singapura dan mempunyai minat yang mendalam aktiviti fotografi termasuklah plane spotter (hobi mengambil gambar pesawat).
“Setelah disoal, mereka tidak menunjukkan perbuatan atau sikap yang mencurigakan, maka mereka dibenarkan untuk berada di dalam kawasan yang dikhaskan untuk Hari Terbuka itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tular di aplikasi Threads tiga lelaki dipercayai warga China ditahan di kawasan larangan semasa Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Tahfiz Negara Pemangkin Masa Depan Generasi Huffaz – Ahmad Zahid
- Titah Pemangku Sultan Perkukuh Agenda Pembangunan,Kesejahteraan Rakyat
- Perkasa Aplikasi Digital, Manfaat Teknologi Demi Kemenangan PRN Negeri Sembilan
Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani
Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu lalu di Pangkalan Udara Kuantan mencuri tumpuan.
Pesawat tempur Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet yang menjadi simbol keupayaan tempur TUDM, selain pesawat pengangkut A400M, C-130H dan CN235 serta helikopter EC725AP/H225M, AW139 dan EC120B dipamerkan.
3 penuntut universiti Singapura bukan ditahan, pemeriksaan biasa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
- Melaka Terus Pacu Pembangunan, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN
You must be logged in to post a comment.