Dua wanita warga emas rugi lebih RM70,000 ditipu sindiket gores dan menang
Dua wanita warga emas rugi lebih RM70,000 ditipu sindiket gores dan menang

IPOH: Dua wanita warga emas kerugian kira-kira RM77,600 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan gores dan menang dalam dua kejadian di Ipoh dan Taiping.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata kedua-dua mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci.
“Dalam kejadian pertama, mangsa didatangi dua lelaki dan seorang wanita memaklumkan mahu memberi hadiah menerusi cabutan bertuah di sebuah pasar raya pada 3 Oktober tahun lalu.
“Mangsa seterusnya dibawa masuk ke dalam kenderaan dinaiki suspek dan diminta untuk memusing roda cabutan bertuah sebelum mendakwa mangsa memenangi jongkong emas seberat 150 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini hari ini.
Mohd Alwi berkata, bagi memperoleh jongkong emas terbabit, mangsa menyerahkan subang, rantai leher dan cincin emas yang dipakai termasuk nombor pin dan kad ATM kononnya akan memperoleh hadiah wang tunai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Tahfiz Negara Pemangkin Masa Depan Generasi Huffaz – Ahmad Zahid
- Titah Pemangku Sultan Perkukuh Agenda Pembangunan,Kesejahteraan Rakyat
- Perkasa Aplikasi Digital, Manfaat Teknologi Demi Kemenangan PRN Negeri Sembilan
Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani
“Jumlah kerugian keseluruhan yang dialami mangsa ialah kira-kira RM18,600,” katanya.
Dalam kes berasingan, Mohd Alwi berkata, suspek sama menghubungi seorang lagi mangsa dan memaklumkan memenangi hadiah cabutan bertuah berupa hamper pada 14 Jun lalu.
Beliau berkata, mangsa diarahkan datang ke Stesen Bas Taiping bagi mengambil hadiah terbabit dan turut diminta untuk menekan roda cabutan bertuah di dalam tablet.
“Mangsa dikatakan memenangi hadiah jongkong emas seberat 100 gram dan telah menerima hadiah itu tanpa menyedari ia jongkong emas palsu,” katanya sambil menambah mangsa turut menyerahkan barang kemas dan mengalami kerugian kira-kira RM59,000.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Tambahan RM40,000 Disalurkan, Baik Pulih Padang Awam Felda Bukit Easter
- Kerjasama Perlu Berteraskan Hormat, Bukan Sindiran Politik – Hasrunizah
- Kerajaan Pahang Salur RM353,695 Kepada 51 Penerima, Bukti Komitmen Kebajikan Rakyat
Mohd Alwi berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya menahan lima suspek berusia 22 hingga 40 tahun dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan dalam serbuan berasingan di Melaka dan Selangor pada 19 Jun lalu.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas beberapa barangan antaranya sembilan unit telefon bimbit, satu unit tablet dan 16 keping baucar cabutan bertuah dianggarkan bernilai RM10,000.
Dua wanita warga emas rugi lebih RM70,000 ditipu sindiket gores dan menang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
- Melaka Terus Pacu Pembangunan, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN
You must be logged in to post a comment.