Pemandu E-Hailing ditahan pukul bekas isteri

Pemandu E-Hailing ditahan pukul bekas isteri

Pemandu E-Hailing ditahan pukul bekas isteri
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof. – Foto NSTP

KAJANG: Polis menahan pemandu E-Hailing yang memukul bekas isterinya di tempat letak kenderaan awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan polis kes pukul itu pada jam 2.51 petang semalam.

Menurutnya, susulan kejadian itu, pihak polis turut mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial Threads dipercayai memaparkan kejadian berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, 6.20 petang tadi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 20an, yang juga bekas suami mangsa.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bandar Baru Bangi esok untuk permohonan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan cedera dengan sengaja dan ugutan mendatangkan ketakutan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Afiq Rifdi Mohd Ami di talian 01129667474 bagi membantu siasatan.

Pemandu E-Hailing ditahan pukul bekas isteri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker