Tidak wajar guna OPR ‘selamatkan’ ringgit ketika ini

Tidak wajar guna OPR ‘selamatkan’ ringgit ketika ini

Langkah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) bukanlah wajar untuk ‘menyelamat’ atau menyokong ringgit pada ketika ini, demikian menurut TA Securities.

Penganalisis TA Securities, Farid Burhanuddin, berkata ini kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada pendapatan pengguna.



Selain itu, katanya, jika OPR dinaikkan, ia akan memberi kesan kepada kelembapan dalam perbelanjaan swasta, di mana akibatnya berpotensi memberi kesan kepada keseluruhan ekonomi.

“Tambahan pula, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan bahawa kurang daripada 10 peratus barangan import menjadi sebahagian daripada kumpulan Indeks Harga Pengguna (CPI).

“Akibatnya, kelemahan dalam ringgit mungkin tidak memberi kesan sepenuhnya kepada inflasi utama kerana pengguna sentiasa boleh mencari barangan pengganti, seperti yang dicadangkan oleh ‘kesan penggantian’,” katanya dalam nota penyelidikan.

OPR adalah instrumen yang digunakan bank pusat untuk mengawal inflasi, namun ketika ini kadar itu adalah rendah iaitu 1.5 peratus pada Januari lalu.



Farid berkata, kesan penggantian ialah prinsip asas dalam mikroekonomi yang menerangkan bagaimana pengguna cenderung untuk menggantikan satu barangan atau perkhidmatan dengan yang lain apabila terdapat perubahan dalam harga relatif.

“Kesan ini terutamanya dikaitkan dengan undang-undang permintaan, yang menyatakan bahawa semua yang lain adalah sama, apabila harga barang menurun, kuantiti diminta untuk barang berkenaan meningkat dan sebaliknya,” katanya.

Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang kedua tahun ini dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 7 Mac ini.

Mesyuarat penting itu dijangka memberikan pandangan tentang penilaian bank pusat tentang keadaan ekonomi dan potensi tindakan dasar monetari.



Farid berkata, persekitaran inflasi semasa di Malaysia nampaknya terurus dengan baik, dan nampaknya tiada tekanan segera daripada BNM untuk menaikkan kadar faedah.

“Jangkaan kadar semasa dijangka berada pada 3.00 peratus untuk tahun ini, dan kami percaya bahawa bank pusat berkemungkinan mengekalkan pendirian ini. Walaupun ringgit berada pada paras lemah dan melepasi paras rintangan seperti yang dicatatkan pada 23 Oktober 2023 iaitu RM4.7937, sesetengah peserta pasaran bimbang tentang kemungkinan kenaikan kadar faedah sebagai penyelesaian,” katanya.

Nilai ringgit terus mencatat penurunan ketara Selasa lalu, apabila mencecah paras 4.795 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) paras terendahnya.

Jika disingkap semula, mata wang negara mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 4.88 pada Januari 1998 iaitu ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia.



Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dilaporkan berkata, berdasarkan analisis teknikal, ringgit telah pun melepasi paras rintangan iaitu RM4.7958.

“Kita sedia maklum bahawa tren mata wang banyak dipengaruhi oleh faktor luaran. Terbaru, bank pusat China telah pun mengurangkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas dan ia melebihi jangkaan penganalisis ekonomi. Situasi ini sudah pasti akan melemahkan mata wang Yuan.

“Ringgit pula dilihat kaitan ketara dengan mata wang yuan. Maka sebarang pergerakan Yuan sudah pasti akan memberi kesan kepada ringgit. Persoalannya, apa yang harus dilakukan oleh pembuat dasar?,” katanya.

Selain dolar AS, ringgit juga merekodkan paras harian terendah dalam sejarah baharu iaitu 3.549 berbanding dolar Singapura pada 7 Februari lalu.



Pengukuhan dolar Singapura itu adalah selaras dengan kenaikan dolar AS berbanding mata wang utama lain, selepas Penguasa Monetari Singapura (MAS) menguruskan dasar monetarinya melalui pelarasan dalam kadar pertukaran untuk membantu mengemudi pertumbuhan ekonomi dan kadar inflasi negara.

Kadar pertukaran adalah kolektif mata wang yang membentuk Kadar Pertukaran Berkesan Nominal SGD (SGDNEER). BH

Tidak wajar guna OPR ‘selamatkan’ ringgit ketika ini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin

Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker