Israel mahu dakwa imam Masjid Al-Aqsa

Sheikh Ekrima Sabri menjadi sasaran Zionist.

Israel mahu dakwa imam Masjid Al-Aqsa

Israel bakal memfailkan dakwaan terhadap imam di Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri, kerana dikatakan menghasut, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Kehakiman Israel dalam satu kenyataan berkata, Sabri, 85, akan dituduh kerana menghasut ‘keganasan’ selepas mengucapkan takziah kepada keluarga rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel.



Kementerian itu berkata, keputusan itu sudah diluluskan oleh Peguam Negara Israel, Gali Baharav-Miara.

Khaled Zabarqa, seorang peguam untuk imam Masjid Al-Aqsa, menyalahkan tekanan daripada kumpulan sayap kanan Israel, atas tindakan Tel Aviv memfailkan tuduhan terhadapnya.

“Keputusan Israel itu sama dengan subversif undang-undang untuk tujuan politik.

“Ini adalah penganiayaan politik, agama dan intelektual yang dilakukan oleh kumpulan sayap kanan yang melampau untuk menyebarkan huru-hara,” katanya.



Sabri ditahan beberapa kali oleh tentera Israel pada masa lalu dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, yang diduduki selama beberapa bulan.

Sabri adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

Masjid al-Aqsa adalah tapak ketiga paling suci di dunia untuk umat Islam.



Orang Yahudi memanggil kawasan itu sebagai Temple Mount, mengatakan ia adalah tapak dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa, semasa Perang Arab-Israel 1967.

Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980, satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. HM

Israel mahu dakwa imam Masjid Al-Aqsa



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal



Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’



Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker