Ng Tze Yong ‘zero’ – Rexy

Ng Tze Yong ‘zero’ – Rexy

“Jika dia katakan seperti itu, saya perlu katakan ‘yes’, Tze Yong berlatih selama enam jam. Tetapi ia tidak seperti itu, zero.”

Demikian antara bidasan yang cukup tegas dari Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky apabila ditanya apakah pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong masih belum bersedia untuk menghadapi regim latihan yang keras sehingga mudah mendapat kecederaan.



Menurut Rexy, beliau akan menjadi antara individu yang gembira sekiranya Tze Yong sememang benar berlatih selama enam jam sehari namun semua tidak menjadi malahan ia seperti mimpi.

“Komitmen terhadapnya, apa yang dia katakannya, zero. Ia semakin buruk pada Januari lalu.”Benar tak? Zero. Dia tidak pernah berusaha seperti itu. Bukankah dia sendiri katakan kepada anda pada Disember lalu yang dia mahukan latihan enam jam sehari? Zero.

“Saya tidak kisah. Saya perlu katakan kebenarannya,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara, semalam.

Tambahnya, apa yang diperkatakan oleh Tze Yong mengenai regim latihan sebelum ini tidak terjadi sebaliknya ia berlaku seperti biasa dan dalam keadaan normal.



Malah setiap orang berikan segala perancangan untuk dia dari program, rakan sepelatih untuk jadikan dia lebih kuat.

Pada masa sama, beberapa perancangan sudah dirancang untuk pemain yang berada di ranking ke-15 dunia bagi menyertai beberapa kejohanan.

“Tze Yong dijangka akan sertai beberapa kejohanan seperti Terbuka Perancis, sebenarnya kita keluarkan dia daripada sertai Terbuka Jerman sebab masa tidak mencukupi untuk dia pulih dari kecederaan.

“Selepas itu dia akan sertai Seluruh England dan Master Sepanyol . Kita keluarkan dia dari sertai Terbuka Jerman dan kita gantikan dengan Master Sepanyol,”kata Rexy.



Terdahulu Arena Metro melaporkan Tze Yong berdepan misi sukar untuk layak beraksi di pentas Olimpik Paris 2024 apabila disahkan mengalami kecederaan tulang belakang ketika diturunkan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 baru-baru ini.

Menurut Ketua Perubatan Sukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ooi Yu Hang, Institut Sukan Negara (ISN) terus memantau kecederaan pemain yang berada di ranking ke-15 dunia itu dan sudah diberikan satu suntikan bagi memastikan dia dapat pulih serta kembali ke gelanggang. HM

Ng Tze Yong ‘zero’ – Rexy

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker