Tong gas meletup, ibu dan anak cedera

Tong gas meletup, ibu dan anak cedera

SEORANG wanita bersama bayinya cedera selepas sebuah tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di sebuah kediaman dekat Taman Kemena Sutera, Bintulu, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 10.01 pagi.



Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian bersama jentera.

“Komander Operasi Eric Wilson Anak Justin melaporkan letupan itu berpunca daripada tong gas.

“Pintu rumah juga telah dibuka oleh orang awam sebelum bomba tiba,” kata kenyataan itu.

Pemeriksaan mendapati mangsa yang terlibat merupakan seorang wanita berusia 29 tahun dan seorang bayi peremuan berusia sembilan bulan.



“Wanita tersebut telah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulan sementara bayi dihantar oleh orang awam”.

Anggota bomba bertindak melakukan pemeriksaan bagi memastikan rumah dalam keadaan selamat dan operasi tamat pada pukul 10.28 pagi. Utv

Tong gas meletup, ibu dan anak cedera

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker