BCL tidak mahu anak bersama Tiko
BCL tidak mahu anak bersama Tiko
Penyanyi dan pelakon terkemuka Indonesia, Bunga Citra Lestari, mendedahkan dia tidak mempunyai perancangan untuk memiliki cahaya mata bersama suaminya, Tiko Aryawardhana.
Menerusi laporan media tempatan, Bunga memaklumkan dia tidak bercadang untuk menambah anak lagi dan memadai bahagia dengan kehadiran Noah, anak tunggalnya di sisi.
Perkara ini dikongsi olehnya ketika dijemput menjadi tetamu bagi sebuah rancangan podcast di Youtube.
Menurut penyanyi berusia 40 tahun itu, dia membuat keputusan sebegitu kerana umurnya yang sudah semakin meningkat.
Malah, Bunga juga bimbang sekiranya dia mengandung pada usianya yang sekarang, ia boleh menjejaskan kesihatannya.
Tambahnya lagi, apabila wanita berumur 35 tahun ke atas, mereka sudah mempunyai risiko untuk mengandung.
“Untuk memiliki anak lagi, rasanya tidak. Nampaknya berisiko jika saya sudah empat puluh. Umur 35 hingga 40 sudah berisiko untuk mengandung,”katanya.
Untuk rekod, Bunga dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang anak iaitu Noah yang kini berumur 13 tahun.
Sehinggalah pada 2 Disember lalu, BCL selamat mendirikan rumah tangga dengan Tiko yang juga seorang duda di sebuah resort di Bali selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal. Utusan
BCL tidak mahu anak bersama Tiko
Baca Artikel Menarik:
- 3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan
- Kenapa saya kahwin wanita lebih tua
- Biodata yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak
- Mahfuz pula bayar saman RM250,000 kepada Sanusi
- SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan
- Kini akad nikah dibenarkan di dua masjid suci
- Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini
- Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan
- Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah
- Piala Asia: Akibat bergaduh dengan jurulatih, penjaring terbanyak dihantar pulang
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengadap TMJ di Kuala Lumpur
- Majikan beri bonus 13 bulan dan ikan kerapu 5kg sempena Tahun Baru Cina
- Inspektor didakwa merogol gadis ketika beri keterangan gambar lucah, kini dalam siasatan polis
- ‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)