Ketua Pemuda Bersatu usul tindakan undang-undang pada ahli parlimen Bersatu yang sokong Anwar

Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyangkal dakwaan lebih ramai ahli parlimen PN akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sekiranya pembangkang gagal menunjukkan bukti akan berlaku pertukaran kerajaan.

Dia berkata tidak timbul dakwaan bahawa wakil rakyat Bersatu memberi kata dua kepada pemimpin parti dalam pertemuan sebelum ini.

“Saya duduk dengan ramai ahli Parlimen Bersatu dan Perikatan Nasional (PN). Tidak pernah timbul soal ini. Isu seperti yang diperkatakan itu langsung tidak pernah berbangkit,” kata Ahli Parlimen Machang itu kepada FMT.



Terdahulu, FMT memetik sumber rapat dengan seorang pemimpin Bersatu mendakwa lebih ramai Ahli Parlimen parti itu akan menyokong perdana menteri melainkan pembangkang dapat membuktikan mereka mampu menukar kerajaan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Wan Fayhsal berkata dia akan mengusulkan kepada majlis pimpinan tertinggi (MPT) Bersatu supaya tindakan undang-undang dibuat agar wakil rakyat yang beralih sokongan melepaskan kerusi masing-masing.

Setakat ini enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar dengan alasan menjaga kepentingan pengundi di kawasan mereka.

Terbaru Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi mengisytiharkan sokongan kepada perdana menteri pada 24 Januari lalu.



Tahun lepas lima Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Mohd Naim; Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Pengumuman oleh Ahli Parlimen Bersatu itu dibuat di tengah-tengah spekulasi terdapat usaha untuk menumbangkan kerajaan.

Tanpa ahli parlimen Bersatu, Anwar pada masa ini mendapat sokongan 153 daripada 222 ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Syed Abu Hussin sebelum ini mendakwa 10 lagi ahli parlimen PN bakal mengikut jejak langkah mereka mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.



Dia tidak menyatakan bila ahli parlimen terbabit akan mengumumkan perkara itu tetapi membayangkan ia akan berlaku sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula pada 26 Feb.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker