Cuepacs tuntut ‘gaji lebih besar’ jika kerajaan mahu hapuskan pencen penjawat awam

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata Cuepacs berpendirian sistem persaraan yang ada pada ketika ini merupakan yang terbaik serta bersesuaian dengan kedudukan gaji penjawat awam bagi mereka meneruskan kehidupan di hari tua nanti.

“Jika kerajaan ingin membuat suatu keputusan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) termasuk memansuhkan sistem pencen ini, kerajaan perlu meningkatkan gaji yang lebih besar supaya kami mampu untuk mencarum (dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan mampu berbelanja serta menyimpan untuk hari tua,” katanya kepada pemberita pada Majlis Solidariti Cuepacs Zon Timur Bersama Presiden Cuepacs di Kuala Nerus malam semalam.

Adnan berkata gaji yang diterima penjawat awam kini disifatkannya “cukup-cukup makan” sehingga ada penjawat awam tidak mampu memiliki rumah sendiri dan sistem pencen sedia ada merupakan kemudahan buat mereka meneruskan kehidupan selepas persaraan.

Beliau berkata keputusan pemansuhan pemberian pencen juga dikhuatiri akan membawa “kesuraman” kepada perkhidmatan awam pada masa akan datang.

Dalam pada itu beliau sekali lagi menyeru kerajaan supaya segera menaikkan gaji penjawat awam tanpa perlu menunggu pelaksanaan SSPA yang mungkin siap penghujung tahun ini berikutan situasi kenaikan kos sara hidup dan harga barangan ketika ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker