TMJ sah dilantik pemangku Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail sebagai pemangku Sultan Johor.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Abdul Rahim Ramli, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan Fasal 9 (1)(d) dan (3) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Sultan Ibrahim dengan nasihat dan pesertaan Jumaah Majlis Diraja berkenan melantik waris takhta kerajaan Johor, Tunku Ismail sebagai pemangku sultan bagi negeri Johor di Istana Bukit Serene.



“Pelantikan itu hendaklah berterusan untuk selama Tuanku menjalankan kerja-kerja Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam percanangan dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Johor.

Rahim berkata, Sultan Johor juga berkenan gelaran kehormatan bagi pemangku sultan iaitu Tunku Mahkota Ismail, pemangku Sultan Johor.

Beliau berkata, gelaran itu hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk persuratan, ucapan dan doa.

Tunku Ismail, 39, yang diputerakan pada 30 Jun 1984, merupakan putera sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah daripada enam paduka anakanda.



Sebelum pelantikan hari ini, baginda pernah diamanahkan menjadi pemangku Raja beberapa kali dengan kali terakhir pada 16 Jun 2022 ketika Sultan Ibrahim berehat seketika daripada menjalankan tugas serta mentadbir Johor.

Tunku Ismail mendirikan rumah tangga dengan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor pada 24 Okt 2014.

Pasangan diraja itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker