Mercedes Benz bertembung Hilux, 2 maut

Mercedes Benz bertembung Hilux, 2 maut

KLUANG – Dua warga emas maut selepas kenderaan dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 27, Jalan Kluang – Teck Wah Heng, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian pukul 2.48 petang itu melibatkan kereta jenis Mercedes Benz dan Toyota Hilux.



Menurutnya, kedua-dua pemandu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala.

“Siasatan mendapati kereta Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 71 tahun dari arah Layang-Layang ke Renggam, manakala Toyota Hilux, lelaki berusia 74 tahun dari arah bertentangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. K Online

Mercedes Benz bertembung Hilux, 2 maut

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’



Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker