Bersatu sepatutnya tanding di kerusi ‘6 jahanam’ bukan PAS – Wan Fahysal

Bersatu sepatutnya tanding di kerusi ‘6 jahanam’ bukan PAS – Wan Fahysal

Ketua Pemuda Bersatu menegaskan parti itu sepatutnya mewakili Perikatan Nasional (PN) jika PRK diadakan di enam kerusi disandang Ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Pendirian itu berdasarkan keputusan sedia ada,” kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kepada FMT mengulas laporan Berita Harian memetik kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah semalam yang parti itu bersedia bertanding di Labuan, Tanjong Karang, Bukit Gantang, Jeli, Gua Musang, dan Kuala Kangsar sekiranya dikosongkan untuk memberi laluan kepada PRK.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Machang itu memberitahu FMT perkara berkenaan perlu dibincang secara baik dan keputusannya terserah kepada pucuk pimpinan PN.

Kawasan itu kini diwakili Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Mereka mungkin perlu mengosongkan kerusi susulan pindaan perkara 10 perlembagaan Bersatu, Sabtu lalu, yang menyatakan wakil rakyatnya yang menyokong pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti akan terlucut keahliannya secara automatik.

Difahamkan Bersatu akan menghantar surat kepada Ahli Parlimen terbabit selepas pindaan itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) dan mereka perlu menjelaskan sama ada masih menyokong Anwar atau sebaliknya.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata akta anti lompat parti akan dikuatkuasa, jika mereka kekal menyokong perdana menteri.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris pula berkata keputusan pemilihan calon pilihan raya akan ditentukan pucuk pimpinan PN, sambil mendakwa kenyataan Amar itu mungkin disalah lapor media.

“Misalnya Terengganu dan Kelantan memang kita pakai logo PAS, maknanya calon PAS…saya kira calon PAS tanding di Kijal.

“Dua negeri itu PAS tanding jadi calon Bersatu kira calon PAS sebab tanding logo PAS,” katanya. FMT

Bersatu sepatutnya tanding di kerusi ‘6 jahanam’ bukan PAS – Wan Fahysal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker