Bila masa saya tak berminat sambung kontrak? – Tyzo

Bila masa saya tak berminat sambung kontrak? – Tyzo

Bekas penyampai Surua FM, Tyza menolak dakwaan tidak berminat menyambung kontraknya seperti yang didedahkan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media.

Jelasnya, pihak pengurusan selalunya akan bertanya berhubung pembaharuan kontrak pada saat akhir namun dia terkejut apabila kontraknya tiba-tiba tidak disambung.



“Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak maklumkan kepadapihak pengurusan. Sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.

“Tapi, pelik. Lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?

“Memang saya ada minta naikkan gaji RM500 sebelum ini (Ogos 2023). Tetapi pihak pengurusan tak bersetuju. Namun, saya tetap tandatangani kontrak pada September lalu,” ujarnya.

Terdahulu, pengurusan stesen radio Suria FM, menjelaskan Tyzo telah membuat permintaan supaya kontraknya cuma disambung selama enam bulan dalam satu perbincangan yang dibuat pada Ogos 2023.



Menurut Mohd Aminuddin, Tyzo telah membuat permintaan tersebut meskipun pada awalnya pengurusan telah membuka tawaran agar kontraknya disambung selama setahun.

Sementara itu, penyampai radio turut menafikan dakwaan kononnya dia mula besar kepala dan berlagak diva selepas memegang trofi penyampai radio paling popular.

“Jika besar kepala atau diva, saya takkan tandatangani kontrak walaupun syarikat nak naikkan gaji.

“Momen yang sedih untuk saya kerana saya masih nak bekerja. Sangat menyedihkan kerana menyentuh periuk nasi saya.



“Saya dah dengar khabar angin ini sudah lama terutama selepas kemenangan,” katanya. Utusan

Bila masa saya tak berminat sambung kontrak? – Tyzo

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker