Mahathir merungut anaknya diugut penjara lima tahun

Mahathir merungut anaknya diugut penjara lima tahun

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menempelak kerajaan yang dituduhnya melakukan “kezaliman terhadap musuh politik.”

“Anak saya didakwa dengan ugutan jikalau dia buat apa-apa tindakan yang pendakwa anggap bertentangan dengan dakwaan dia akan dipenjara selama lima tahun.

“Tidak disebut akan dihadap ke mahkamah. Inilah reformasi.

“Di luar (sebelum menjadi) kerajaan cakap tentang kezaliman pihak berkuasa,” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama, dipercayai Mahathir merujuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anaknya Mirzan (gambar atas).

Suruhanjaya itu juga telah menyerahkan perintah notis kepada Mirzan untuk mengisytiharkan aset dalam tempoh 30 hari.

Jelas SPRM lagi, perintah itu adalah tindakan lanjutan daripada siasatan mereka berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaan Mirzan yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM berkata pihak mereka memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti yang berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora juga Kertas Panama.

Dalam pada itu, Mahathir membangkitkan isu pendakwaan terpilih apabila ramai penyokong kerajaan yang disebut dalam kertas Pandora tidak disiasat.

“Kalau sokong jadi kawan. Perbicaraan mahkamah pun boleh dihenti.

“Ramai nama penyokong Kerajaan dalam Pandora papers seperti Timbalan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong Jee Keen dan YBM Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak disiasat, jauh sekali dari didakwa.

“Terdapat juga nama beberapa ahli perniagaan seperti Lim Kok Thay, Mahmud Bekir, Tiong Hiew King, Larry Low Hock Ping, Datuk Yamani Hafez bin Tan Sri Musa dan mendiang Tan Sri G Gnanalingam dalam Pandora papers.

“Inilah keadilan reformasi,” sindir bekas perdana menteri.

Kertas Panama merujuk kepada kebocoran besar sebanyak 11.5 juta dokumen yang didedahkan daripada firma guaman yang berpangkalan di Panama pada 2016. Ia mendedahkan bagaimana ahli politik, bintang sukan dan penjenayah terkemuka menyembunyikan kekayaan mereka menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir.

Kertas Pandora dan Kertas Panama adalah dua pendedahan berasingan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) dengan kerjasama rakan kongsi di seluruh dunia, termasuk Malaysiakini.

Kertas Pandora, yang diterbitkan pada 2019, melibatkan kebocoran 11.9 juta dokumen daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang mengkhusus dalam penubuhan syarikat cengkerang (shell) di kawasan perlindungan cukai.

Kertas Panama yang didedahkan pada tahun 201 melibatkan kebocoran sebahagian besar rekod daripada penyedia perkhidmatan firma guaman Panama Mossack Fonseca.

Firma itu menyediakan perkhidmatan untuk penubuhan entiti di kawasan perlindungan cukai di mana undang-undang privasi sangat ketat sehingga akaun yang ditubuhkan hampir tidak dapat dikesan. Mk

Mahathir merungut anaknya diugut penjara lima tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker