Speaker Dewan Negara dilaporkan letak jawatan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini dilapor meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Negara.

Beliau turut dilaporkan sedang bersiap-sedia untuk menyandang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Satu laporan oleh portal The Malaysian Insight menyatakan, pemimpin parti GPS itu bakal menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kelapan.



BH ketika ini sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu, termasuk menerusi Wan Junaidi dan pembantunya.

Pada Jun lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu keluar daripada persaraan demi berkhidmat untuk negara apabila menerima tawaran untuk mengisi kekosongan jawatan Speaker Dewan Negara.

Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Rais Yatim, yang tamat perkhidmatan pada 16 Jun lalu.

Beliau menerima panggilan daripada seorang pemimpin negara pada 13 Jun lalu, yang bertanyakan sama ada bersedia untuk kembali berkhidmat kepada negara.



Wan Junaidi, 78, berkata sebagai rakyat yang cintakan negara, sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab kepada negara.

Abdul Taib sebelum ini menjawat jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh sejak 1 Mac 2014.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker