Hentikan bergaduh dengan ‘budak senget’ tu – Datuk Seri Khazrul

Tunang Zarina Anjoulie mahu perbalahan di media sosial dihentikan.

Hentikan bergaduh dengan ‘budak senget’ tu – Datuk Seri Khazrul

Tunang Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Elzy meminta pelakon itu menghentikan perbalahannya dengan Fathia Latiff di media sosial demi kebaikan bersama.

Khazrul menerusi perkongsian di Tik Tok menjelaskan, imej korporat dan perniagaannya itu terkena impak disebalik kontroversi yang menjadi bualan hangat ketika ini.



“Saya banyak terbaca mengenai isu yang timbul di media sosial, malah bos saya yang juga berbangsa Cina turut bertanya mengenai perbalahan ini.

“Mohon sangat kepada tunang saya supaya hentikan pergaduhan ini kerana tidak mahu anak-anak dapat membaca pada masa hadapan. Nanti anak cicit kita pun tahu benda dah lepas.

“Kita berhenti bukanlah bermakna kita kalah. Dia bukan ‘level’ (tahap) untuk awak berlawan di media sosial. Hentikan pertelingkahan dengan ‘budak senget’ itu,” katanya.

Selain itu, Khazrul turut meminta Zarina bertenang menghadapi kontroversi itu dan tidak memandang perkara yang sudah berlalu.



“Dia nak cakap apa terpulanglah kerana saya masih bersama awak. Tak ada siapa boleh pisahkan kita, cuma saya minta banyakkan solat, bersabar dan mengucap.

“Biarkan saja dia, kita tunggu dia di mahkamah. Jangan dia tinggal sehelai sepinggang je tak boleh bayar saman kita. Hendak saman sehingga dia bankrap pun tak apa.

“Tak perlu pengikut berjuta-juta kalau otak kurang bijak. Kita lupakan benda-benda yang remeh sebegini,” katanya.

Sebelum itu, Zarina mengeluarkan kenyataan malas meneruskan perbalahan dan memilih tidak lagi meneruskan perang dengan Fathia di media sosial.



Nama Zarina menjadi sebutan selepas dia mengulas mengenai kenyataan Fathia yang menyamakan wajah pelakon, Zahirah MacWilson dengan bibik atau pembantu rumah. HM

Hentikan bergaduh dengan ‘budak senget’ tu – Datuk Seri Khazrul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker