Rosyam Nor minta maaf

Rosyam tak sangka kenyataannya menjadi tular sehingga disalah erti dan mendapat pelbagai reaksi ramai.

Rosyam Nor minta maaf

Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya bahawa pusat pelacuran perlu ada di negara ini bagi membendung jenayah rogol membabitkan warga asing, tampil membuat permohonan maaf, hari ini.

Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata dia tidak menyangka kenyataannya itu akan menjadi tular sehingga disalah erti dan mendapat pelbagai reaksi ramai.



“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” kata pelakon dan usahawan itu menerusi hantaran di Instagram (IG), hari ini.

Dalam pada itu, Rosyam menyeru kepada orang ramai menonton video penuh yang dimuat naik ke akaun TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.

“Tapi, itu sebenarnya untuk program podcast di Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.



Terdahulu, Rosyam menerusi podcast atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

Bagaimanapun, Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri. BH

Rosyam Nor minta maaf

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker