Fatiya Latiff terus menghina Zahirah Mcwilson macam bibik
Fatiya Latiff terus menghina Zahirah Mcwilson macam bibik
Pelakon sensasi Fatiya Latiff mempertahankan tindakannya menyindir pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza secara terang-terangan menerusi laman sosial.
Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 37, berkata, pendapatnya bersifat peribadi dan berlandaskan undang-undang kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini.
“Apa yang kecoh sangat tentang pendapat saya? Kebebasan bersuara artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Saya memang rasa dia (Zahirah) kelihatan macam seorang bibik (pembantu rumah). Tolonglah, inilah kehidupan. Bertenang,” ujar Fatiya.
Fatiya yang merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang sebuah universiti awam tanah air menambah, dia akan terus berpegang dengan apa yang dilontarkannya mengenai individu terbabit.
“Dia tidak langsung dalam satu liga dengan saya. Ayuh ulang semula apa yang diperkatakan semua orang.
“Sekali dah pernah guna, busuk dan rosak, hulurkan sahaja kepada mereka yang meminta (peminta sedekah),” katanya penuh maksud tersirat menerusi InstaStory.
Terdahulu pelakon yang pernah meledak menerusi drama Ariana Rose itu mengejutkan ramai apabila secara terbuka menyindir Zahirah dan Aiman secara dalam video siaran langsung dimuat naik semula dalam TikTok.
Dalam video tersebut, Fatiya sewenang-wenangnya melabel penampilan Zahirah seperti seorang bibik selain mendakwa Aiman sebagai seorang lelaki yang tidak mempunyai kewangan kukuh.
Fathia sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.
Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. K Online
Fatiya Latiff terus menghina Zahirah Mcwilson macam bibik
Baca Artikel Menarik:
- 2024 Golden Globe awards winners full list
- Kalau kasut harga puluhan ribu letak di kaki, kenapa bila tudung mahal cakap riyak?
- Haram terima bantuan UMNO, kesan budaya khawarij parti tunggang Islam
- Ustaz maut dihempap pikap dalam nahas ketika tinjau peperiksaan SPM
- Kami belum mandi – Pelajar UMS beritahu Zambry (Video)
- Seleweng dana, bekas PM akan dipanggil SPRM
- Sanusi dakwa dia sasaran sebenar dalam siasatan KFA
- Man On The Run di Netflix subjudis terhadap Najib – peguam
- Bandar Kota Tinggi lumpuh akibat banjir
- Istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha bermula
- Sarah jual gummy viral tampung kos pengajian
- Percanggahan dakwaan 120 SD
- Detik cemas wanita hanyut bersama kereta dalam longkang [VIDEO]
- Kedai makanan laut ‘cekik darah’ di Pangkor diserbu KPDN [VIDEO]
- Isteri parah ditikam, suami maut terjatuh dari kondo 17 tingkat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)