Yuran guru mengaji patut dibayar?

Yuran guru mengaji patut dibayar?

Isu pembayaran yuran kelas mengaji al-Quran masih menjadi perdebatan dalam kalangan ibu bapa dan guru sehingga hari ini.

Tinjauan di beberapa kumpulan Facebook komuniti hari ini mendapati ramai yang mempersoalkan apabila guru mengaji mengenakan yuran bermula RM30 sehingga RM70 sebulan kepada setiap murid yang mengikuti kelas berkenaan.



Difahamkan juga, kelas mengaji al-Quran diadakan dua hingga tiga kali seminggu.

Bagaimanpun, masih ramai ibu bapa yang menganggap guru mengaji tidak sewajarnya menetapkan sebarang bayaran atau caj kepada kelas tersebut.

“Kelas mengaji memang kena bayar ka setiap bulan? Atau setiap minggu? Bukan sepatutnya bayaran seikhlas hati? Tapi kenapa ada guru yang sudah tetapkan bayaran ikut bulan apabila saya tanya,” soal seorang pengguna.

“Kalau di kampung kebanyakan tak kenakan sebarang bayaran, ada ramai ustaz dan ustazah yang ikhlas membantu ajar budak-budak kampung mengaji al-Quran. Kalau di bandar kebanyakan kenakan bayaran macam pergi kelas tuisyen,” ujar pengguna yang lain.



Dalam pada itu, ada pengguna yang menyokong kelas mengaji al-Quran juga perlu dikenakan bayaran setimpal kerana masa dan perkhidmatan yang diberikan oleh tenaga pengajar.

“Kalau untuk akademik ibu bapa sanggup bayar beratus, apa lah sangat RM50 untuk keluarkan bagi tujuan bayar yuran kelas mengaji anak-anak. Ilmu agama untuk sepanjang hidup lebih berkat jika tidak berkira untuk bersedekah kepada ustaz dan ustazah yang ajar anak-anak kita,” kata Norasyikin. K Online

Yuran guru mengaji patut dibayar?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar



Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker