Peserta piket ikrar teruskan ‘kepung’
Kepung Demi Palestin
Peserta piket ikrar teruskan ‘kepung’
Peserta piket berikrar untuk meneruskan “kepungan” Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, walaupun berdepan tangkapan.
Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) berkata ia meminta pihak berkuasa mengizinkan ia menunjuk perasaan di jalan di hadapan kedutaan tetapi permintaannya ditolak.
“Kami akan meneruskan piket seperti dirancang dan mengundang semua orang untuk menyertai kami serta menunjukkan solidariti bersama saudara Islam, Kristian, dan Yahudi,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, beberapa NGO dan parti politik berhimpun di Kuala Lumpur untuk “Kepung Demi Palestin” yang dicadangkan berlaku selama enam hari.
Tunjuk perasaan anjuran SSP itu menyaksikan lebih 100 orang berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan AS.
Polis bagaimanapun menghentikan ‘kepungan’ itu, kerana ia mahu memastikan ketenteraman awam dan keselamatan perwakilan asing.
SSP juga memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini meminta peserta piket membuka khemah mereka pada 3 pagi, dan membenarkan mereka memasang khemah pada 7.30 pagi apabila hujan turun.
SSP berkata ia menuntut “hak untuk berhimpun secara aman dan membantah sokongan berterusan AS kepada Israel.”
“Genosid sistemik ini sudah berlarutan selama 75 tahun. Sudah tiba masanya kita beritahu AS bahawa rakyat Malaysia sudah jelak, dan kita tidak akan berdiam diri melihat pembunuhan beramai-ramai.”
Tunjuk perasaan ini menyusul keengganan AS menyegerakan pengakhiran pada pertempuran di Palestin.
AS menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyeru gencatan senjata di Gaza awal bulan ini, dan minggu lepas mengancam untuk menolak satu lagi draf resolusi.
Ini memaksa majlis itu meminda bahasa yang ia gunakan dalam resolusi itu, kepada menyeru “tindakan segera” menyalurkan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
AS kemudian bersetuju untuk tidak menolak resolusi yang dipinda itu dan tidak mengundi usul tersebut. Resolusi itu diluluskan pada Jumaat. FMT
Peserta piket ikrar teruskan ‘kepung’
Baca Artikel Menarik:
- Ubat perangsang seks paling banyak dirampas
- Ular tedung selar ditemui dalam bilik warga emas
- ‘Suara kaset’ Mamat, Ezad memukau
- Amyza Aznan mohon doa untuk suami di ICU
- Kerana dengki pada projek HSR, negara rugi
- Datuk didakwa lakukan amang seksual fizikal terhadap cucu
- FBI dakwa serangan siber ke atas Malaysia bermotifkan wang dan politik
- Israel curi organ jenazah syuhada Gaza
- Husam saman Zamil dan 3 lagi
- 60 rumah di Kampung Tersang semua tenggelam
- ‘Superman’ terlentang di LPT kini diburu Polis Trafik
- Kahwin 4 untuk bina empayar kuasai tender kerajaan
- Warisan nafi terima dana sindiket dadah
- Mahathir cabar SPRM siasat semua yang bergelar Tun
- Arus deras Sungai Golok runtuhkan benteng projek PLSB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari