Anak MP Bersatu tanding Naib Ketua Pemuda Umno

Anak MP Bersatu tanding Naib Ketua Pemuda Umno

Anak kepada pemimpin Bersatu, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Ikmal Hazlan yang juga anak kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz daripada Perikatan Nasional (PN) menyerahkan borang pencalonannya hari ini di ibu pejabat Umno, di Kuala Lumpur.



“Dengan tekad dan visi jelas yang bakal saya tawarkan kepada pergerakan Pemuda Umno Malaysia, saya mohon diberi ruang untuk terus berkhidmat buat sayap Pemuda Umno dengan peranan yang lebih signifikan dan cabaran yang lebih besar.

“Justeru, menginsafi perkara itu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya Ikmal Hazlan Ikmal Hisham dengan rendah diri menawarkan diri sebagai calon naib ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia bagi sesi Pemilihan Umno 2023/2026.

“Saya mohon sokongan dan kepercayaan dari seluruh perwakilan pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Kepada Allah saya berserah,” katanya dalam satu hantaran di media sosialnya, hari ini.

Untuk rekod, Ikmal Hisham merupakan Ahli Parlimen Tanah Merah dan memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket BN.



Bagaimanapun dia meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin.

Pada PRU15 lalu, Ikmal Hisham bertanding atas tiket Bersatu dengan menggunakan logo PAS.

Sewaktu pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) Ikmal Hisham dilantik sebagai timbalan menteri pertahanan.

Dia pernah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan memberi surat sokongan kepada anaknya Ikmal Hazlan yang juga Exco Pemuda Umno untuk mendapatkan tempat dalam syarikat Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga).



Surat berkenaan dihantar kepada Menteri Pertahanan ketika Ismail Sabri Yaakob agar Ikmal Hazlan dilantik menjadi anggota Lembaga Pengarah Pharmaniaga.

Selepas isu berkenaan tular, Ikmal Hisham mendakwa dia menghantar surat lain untuk meminta agar surat sokongan terdahulu di batalkan. Mk

Anak MP Bersatu tanding Naib Ketua Pemuda Umno

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker