Pembangunan vaksin negara peringkat pra ujian klinikal haiwan

Pembangunan vaksin negara peringkat pra ujian klinikal haiwan

Projek pembangunan vaksin dalam negara di bawah Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) kini memasuki peringkat pra ujian klinikal terhadap haiwan.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, usaha dan persediaan kini dilakukan untuk memastikan syarat pembuatan dalam negara mematuhi serta mengikut kehendak Amalan Pengilangan Baik (GMP).



Beliau berkata, pakar tempatan di peringkat universiti sepertiInstitut Penyelidikan dan Perubatan (IMR) juga sudah membangunkan teknologi Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA.

“Status terkini, kita sudah mempelbagaikan platform pembangunan vaksin.

“Kita mengambil maklum dua kaedah dapat digunakan iaitu melalui teknologi ‘transfer’ (pemindahan) dari luar negara dan yang kedua bangunkan platform kita sendiri.

“Platform kita bangunkan melalui ‘ virus ‘incubated’ (inkubasi virus),” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.



Majlis disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu, Dr Adham dipetik berkata, Mosti dalam proses menjalankan dua ujian klinikal terhadap vaksin yang dihasilkan dalam negara melalui penubuhan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

Beliau dilaporkan berkata, dua vaksin itu ialah vaksin kanser kepala dan leher atau ‘nasopharyngeal cancer’ serta vaksin kolera, yang masing-masing akan melalui ujian klinikal di United Kingdom dan India, tahun ini. HM

Pembangunan vaksin negara peringkat pra ujian klinikal haiwan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin



Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker