Aishah merajuk tak mahu sertai program realiti nyanyian lagi

Aishah merajuk tak mahu sertai program realiti nyanyian lagi

Datuk Aishah Ariffin, 57, tidak mahu lagi menyertai pertandingan realiti nyanyian kerana sudah lelah menerima kritikan netizen yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kesihatan mental.

Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin yang bersaing dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang baru berakhir, mahu fokus kepada ibadat dan memenuhi undangan nyanyian.



“Saya fikir tidak mahu masuk lagi (pertandingan realiti nyanyian). Saya mahu buat ibadat, macam orang cakap, sudah-sudahlah sebab sudah tua. Apa yang saya perasan daripada kecaman yang diberi, seolah-olah beransur tua ini adalah perkara berdosa.

“Kita tiada lagi hormat kepada orang yang berusia daripada kita. Bagi saya, saya hendak lawan satu-satu pun penat. Saya sudah sampai tahap, kalau dalam keadaan toksik, saya buang toksik itu… Saya mahu tenang. Sekarang media sosial ada kebaikan dan keburukan.

“Kebaikannya, kita dapat berhubung secara terus. Namun, keburukannya, ia memberi hak kepada manusia untuk kata apa saja hingga hilang adab dan sebagainya,” katanya.

Aishah nekad menyekat netizen yang difikirkan tidak perlu dilayan dan meletakkan status privasi kepada akaun media sosial.



“Saya tidak akan terima sikap orang biadap. Saya juga tidak akan menormalkan perkara itu. Kehidupan saya sekarang, saya tak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa.

“Saya sedar kita lawan macam mana pun, ada sahaja yang tidak betul bagi ‘haters. Jadi, tidak mengapa tiada jutaan pengikut,” katanya kepada BH Online.

Aishah yang giat menjayakan Kempen Lose to Win anjuran Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur berkata, sesiapa yang benar-benar mengenalinya tahu beliau cukup sensitif.

Justeru, Aishah tidak menghirau atau melayan perkara yang mampu meruntuhkan semangatnya. BH



Aishah merajuk tak mahu sertai program realiti nyanyian lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja



Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung



Tok Mat makin gah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker