Nora fikir mati diserang gangguan kebimbangan

Nora fikir mati diserang gangguan kebimbangan

Biarpun berdepan serangan gangguan kebimbangan (anxiety attack), aktres Nora Danish, 40, masih boleh mengawal keresahan dihadapinya.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif berkata, masalah gangguan kebimbangan dihadapi mungkin kesan daripada pandemik COVID-19 dan pada masa sama, usia kini menjangkau 40 tahun.



“Saya baru menghadapi serangan gangguan kebimbangan, baru-baru ini. Mungkin juga disebabkan faktor usia, saya lebih memikirkan soal kematian.

“Hinggakan menaiki kapal terbang, saya terfikir mengenai kematian. Bayangkan, saya jadi takut dan fikir akan mati apabila serangan gangguan ini.

“Perasaan resah hingga tahap saya menghubungi emak untuk menjaga anak-anak dan keluarga, selain buat wasiat mengenai harta yang ditinggalkan,” katanya kepada BH Online.

Menyedari gangguan kebimbangan itu boleh memudaratkan, Nora berkata, dia cuba mengatasi masalah dengan membaca bahan bacaan positif.



“Saya tidaklah menjalani rawatan spesifik, tetapi saya lebih banyak membaca mengenai motivasi dan bagaimana menangani masalah gangguan kebimbangan.

“Saya, seorang yang sangat emosional dan sensitif. Dua sifat ini boleh membuatkan saya banyak berfikir.

“Sebenarnya ‘overthinking’ ini membawa kepada keburukan, tetapi saya sifatkan ia sebagai ‘superpower’.

“Saya berharap sifat banyak berfikir ini tidak menyakiti orang lain. Contohnya, suami balik lewat malam dan mula fikir apa yang dilakukan. Perkara ini boleh menyakiti hati suami dan meruntuhkan rumah tangga.



“Jadi, saya cuba fikir positif dan menelefon suami bertanya mahu makan apa dan sebagainya. Tindakan ini membolehkan saya lebih menghargai orang sekeliling. Kena pandai tukar sudut pandang kepada perkara positif,” katanya.

Pun begitu, Nora menafikan gangguan kebimbangan datang daripada komen netizen dalam media sosial.

“Tekanan dihadapi bukan dari komen diterima. Saya percaya manusia dalam dunia tidak semuanya sukakan saya.

“Saya ambil sebagai cabaran untuk memperbaiki diri. Namun, sesetengah orang tidak boleh terima dan merasakan ia sebagai fitnah sehingga menimbulkan tekanan,” katanya yang ditemui pada sidang media pelancaran filem Kan Cheong yang mengetengahkan isu kesihatan mental.



Selain Nora, filem Kan Cheong dibarisi dibintangi pelakon berbakat, Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar.

Kan Cheong, naskhah sulung terbitan Thinkerbell Studios yang ditayangkan menerusi saluran Astro First sejak 11 Ogos lalu. BH

Nora fikir mati diserang gangguan kebimbangan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba



Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker