Mayat wanita disimen dalam rumah sewa
Mayat wanita disimen dalam rumah sewa
KLANG – Suasana di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran di sini, gempar apabila mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemui disimen dalam ruangan tandas sebuah rumah di kawasan itu, malam tadi.
Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat kawasan luar kediamannya dipenuhi anggota polis dan bomba, kira-kira pukul 9.30 malam.
“Apabila ditanya, saya terkejut dimaklumkan mengenai penemuan mayat wanita di dalam rumah tersebut. Rumah itu sebelum ini memang pernah disewa warga asing sebelum dihuni pasangan isteri warga tempatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati kediaman itu kosong dengan keadaan pintu depan dan belakang terbuka.
Bercerita lanjut, jiran tersebut turut memaklumkan terkejut melihat anggota bomba mengangkat mayat yang dilihat seperti gumpalan tanah liat.
“Saya difahamkan bahawa bomba membantu untuk memecahkan simen bagi mengeluarkan mayat tersebut. Tempat yang disimen itu dipercayai kolah rumah berkenaan yang didakwa bocor sebelum ini,” katanya yang menetap di situ lebih 30 tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kita setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan wanita asing namun masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya.
Jelas Hussein, tiada tangkapan kes dilakukan setakat ini dengan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kita bagaimanapun sedang mempergiatkan usaha mengesan dua lelaki disyaki suspek kes berkenaan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. K Online
Mayat wanita disimen dalam rumah sewa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)
You must be logged in to post a comment.