Umno masih jauh untuk dapat kepercayaan Melayu – Tok Mat

Umno masih jauh untuk dapat kepercayaan Melayu – Tok Mat

Umno masih jauh untuk mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu terhadapnya susulan kekalahan pada PRK Kemaman Sabtu lalu, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

Katanya, tugas mengembalikan kepercayaan orang Melayu ke pangkuan Umno adalah sukar tetapi bukan mustahil.



“Tetapi buat masa ini, Umno mesti menerima realiti orang Melayu masih jauh daripada mempercayainya sebagai wakil politik mereka yang berkesan,” katanya dalam kenyataan.

PRK Kemaman menyaksikan calon PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga menteri besar Terengganu menewaskan calon BN, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti 37,220 undi.

Margin kemenangan diraih Samsuri atau Dr Sam jauh lebih tinggi berbanding diperoleh calon PAS, Che Alias Hamid, 27,179 undi majoriti pada PRU15, yang mana kemenangannya dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya kerana didapati berlaku rasuah, September lalu.

Mohamad yang lebih dikenali Tok Mat berkata, walaupun menerima keputusan PRK Kemaman, beliau berkata keputusan itu menyedarkan Umno mesti mempunyai ketahanan untuk terus berjuang dalam arena politik Melayu yang semakin dinamik.



Beliau berkata, PRK itu adalah indikasi jelas mengembalikan kepercayaan Melayu ke pangkuan Umno adalah perjalanan jauh, tidak linear dan memakan masa panjang.

Katanya, Umno masih belum berjaya “resonates” dengan generasi muda sehingga penolakan golongan tersebut terhadap parti itu sudah semakin konsisten.

“Sesuatu harus dilakukan segera. Generasi muda berpotensi untuk dimenangi dan diraih sokongan mereka. Hanya kaedahnya mesti sesuai citra, aspirasi dan keperluan kehidupan mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata PRK Kemaman memberi pedoman mengimbangi politik perkauman dan agama adalah sukar dan kompleks.



Katanya, bukan mudah untuk menghadirkan pilihan jalan politik sederhana kerana ideologi pelampau kanan, retorik perkauman dan agama, semuanya sangat mudah untuk dimanfaatkan bagi meraih populariti.

Menurutnya, Umno tidak boleh tergelincir dari landasan kesederhanaan kerana ia benteng penting untuk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

“Ia hanya menewaskan Umno tetapi tidak sesekali mematikan Umno. Ia adalah pertandingan dalam liga demokrasi yang ada menang dan tewas.

“Umno hanya tewas, seperti pelbagai kekalahan yang pernah ia lalui. Di lain ketika, pasti akan ada kemenangan untuk Umno,” katanya. FMT



Umno masih jauh untuk dapat kepercayaan Melayu – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular



Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?



Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker