Imigresen gempur ‘Flat Hijau’, tahan 84 PATI
Imigresen gempur ‘Flat Hijau’, tahan 84 PATI

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Pintu di Pangsapuri Putra Harmoni, atau lebih sinonim panggilan ‘Flat Hijau’ di sini, hari ini.
Jabatan Imigresen dalam kenyataan, berkata serbuan digerakkan dalam dua fasa berasingan sejak semalam, dengan fasa pertama memfokuskan pemeriksaan dan tindakan terhadap premis perniagaan di kawasan pangsapuri itu.
“Operasi kemudiannya diteruskan pada fasa kedua bermula 1.30 pagi hari ini dengan sasaran utama penghuni yang disyaki PATI,” katanya.
“Hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas 321 individu di pangsapuri itu, 84 PATI terdiri 73 lelaki, sembilan wanita dan dua kanak-kanak ditahan untuk tindakan serta siasatan lanjut,” katanya.
Mengulas modus operandi PATI di kawasan berkenaan, Jabatan Imigresen memaklumkan operasi bertitik tolak pendedahan tular di media sosial dan aduan setempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wanita BN Selangor Perkukuh Gerak Kerja, Bina Semula Keyakinan Rakyat
- MIHAS: Penyertaan Libya Buka Ruang Perluas Hubungan Dua Hala – Reezal Merican
Ziarah Kasih Wanita UMNO Jementah Terjemah Kepedulian, Semat Agenda Malaysia Biru
“Hasil risikan mendapati warga asing menetap di kawasan berkenaan dengan sebahagiannya dipercayai menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Jabatan Imigresen memberi amaran dan memandang serius isu penempatan PATI secara berkelompok serta aktiviti yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen.
Pihaknya turut memberi peringatan tegas kepada pemilik kediaman supaya tidak bersekongkol melindungi warga asing tanpa dokumen yang sah.
“Jabatan Imigresen menggesa pemilik rumah dan premis supaya bertanggungjawab terhadap penyewa serta memastikan status imigresen penghuni atau penyewa adalah sah dan mematuhi syarat yang ditetapkan.
“Masyarakat adalah ‘mata dan telinga’ serta rakan strategik agensi penguat kuasa dalam membantu mengenal pasti lokasi dan aktiviti yang memerlukan tindakan penguatkuasaan,” katanya.
Imigresen gempur ‘Flat Hijau’, tahan 84 PATI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sertai Patriot 6! Sekolah Patriotik UMNO Malaysia Buka Permohonan
- Agenda Malaysia Biru: Beri Peluang Luas Kepada Pemimpin, Idea Baharu
- JETP Tangkak Fokus Perkukuh Ekonomi, Pastikan Rakyat Nikmati Manfaat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelas Bekas MB Gagal Faham Fungsi, Punca Kuasa Undang Yang Empat
You must be logged in to post a comment.