Hadi dakwa kemenangan di Kemaman isyarat rakyat tolak Kerajaan Perpaduan

Kemenangan Pas dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Sabtu sebagai isyarat yang jelas bahawa rakyat menolak Kerajaan Perpaduan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu berjaya mengekalkan status quo apabila memenangi pilihan raya ini dengan majoriti yang lebih besar, dengan penambahan lebih 10,000 undi.

“Alhamdulillah… terima kasih kepada semua pengundi atas kemenangan yang besar dalam PRK Kemaman.



“Tahniah kepada jentera pilihan raya yang bertugas dengan penuh kesungguhan bagi memastikan kemenangan terus berpihak kepada Pas dan Perikatan Nasional.

“Peningkatan majoriti yang lebih besar ini menjadi isyarat yang jelas penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan ala-Pakatan Harapan,” katanya di Facebook pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut memberi nasihat dan kata-kata semangat terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi mengalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di Parlimen berkenaan.

“Kepada Ahmad Samsuri, tanggungjawab lebih besar menanti,” ujarnya.



Pas berjaya mengekalkan status quo apabila memenangi PRK Parlimen Kemaman dengan majoriti yang lebih besar apabila calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang dengan majoriti 37,220 berbanding 27,179 undi yang dimenangi penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Ahmad Samsuri memperoleh 64,998 undi manakala pesaingnya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 27,778 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Farhan Abdul Wahab di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di sini, malam Sabtu.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Pada PRU15, calon Pas, Che Alias Hamid memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh 65,714 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (PH) masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker