Juruteknik rogol 100 mayat dalam masa 15 tahun
Seorang juruelektrik yang melakukan hubungan seks dengan lebih 100 mayat dalam tempoh 15 tahun dapat berbuat demikian tanpa dikesan kerana kegagalan serius dalam pengurusan, tadbir urus dan peraturan, demikian menurut laporan inkuiri setebal 300 muka surat, lapor portal berita Fox News kelmarin.
Perbuatan David Fuller melakukan hubungan seks dengan mayat yang kemudian disabitkan dengan kesalahan membunuh, akhirnya terbongkar pada 2020 apabila polis menggunakan asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengaitkannya dengan pembunuhan dua wanita pada 1987.
Semasa siasatan, mereka turut menemui berjuta-juta imej penderaan seksual di rumahnya termasuk video Fuller melakukan hubungan seks dengan mayat wanita dan kanak-kanak perempuan di bilik mayat di dua buah hospital tempat dia bekerja di tenggara England.
“Kesalahan yang dilakukan David Fuller benar-benar mengejutkan.
“Bagaimanapun, kegagalan pengurusan, tadbir urus, peraturan dan proses serta kekurangan rasa ingin tahu yang berterusan, semuanya menyumbang kepada penciptaan persekitaran di mana dia boleh melanggar peraturan,” kata laporan sama .
Fuller, 69, menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan membunuh Wendy Knell, 25, dan Caroline Pierce, 20, dalam dua serangan berasingan di bandar Tunbridge Wells pada 1987.
Dia juga sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku melakukan banyak kes hubungan seks dengan mayat.
Fuller mengaku melakukan 140 pelanggaran undang-undang terhadap sekurang-kurangnya 101 mayat wanita dan kanak-kanak dengan yang paling muda berusia 9 tahun dan yang paling tua 100 tahun antara 2005 hingga 2020, menurut laporan inkuiri tersebut. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azri Iskandar dituduh gila dan reka cerita
- BCL dapat ‘lampu hijau’ keluarga mentua untuk nikah Tiko
- Johor pertama tubuh pusat pemulihan seks sejenis
- Keajaiban bayi 37 hari
- Hamas jemput Elon Musk saksi kemusnahan di Gaza
- Siti Nurhaliza akan atasi rekod Coldplay
- Kamu biadap sokong PM – Razali
- Bersatu tercabar gelombang hijau PAS
- Alif Teega – Biodata, Profil dan Latar Belakang
- Alif Teega Nafi Pukul Aisyah & Berseronok Dengan Perempuan Lain
- Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]
- Sorok wang RM153,000 daripada Isteri akhirnya dirembat oleh skandal sendiri
- 4 pelajar universiti ditahan di Muar, polis jumpa ganja di kolej kediaman
- Dulu kata gemuk, dah kurus kata suntik
- Proton S70 dilancar harga bermula daripada RM73,800
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena
You must be logged in to post a comment.