Tahanan Palestin kongsi kisah ngeri diseksa pengganas Zionis
Tebing Barat – Seorang remaja Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel mendedahkan bahawa tahanan diseksa dalam kurungan sehingga ada yang dibelasah sehingga mati, lapor laman berita Middle East Eye kelmarin.
Khalil Mohamed Badr al-Zamaira, 18, berumur 16 tahun ketika dia ditahan oleh tentera Israel.
Menurutnya, ramai tahanan dianiaya dan dipukul serta tiada layanan berbeza untuk kanak-kanak di penjara Rejim Zionis.
“Mereka tidak membezakan antara tua dan muda. Dua remaja telah dipindahkan dari penjara Ofer dengan keadaan patah tulang rusuk. Mereka tidak dapat bergerak,” ujarnya.
Seorang lagi remaja Palestin yang dibebaskan, Omar al-Atshan berkata, dia dianiaya dan diseksa di penjara Naqab sebelum dibebaskan.
“Penganiayaan itu tidak dapat digambarkan,” katanya kepada stesen televisyen Al Jazeera semasa liputan secara langsung ketibaan banduan-banduan yang dibebaskan di Tebing Barat.
Omar berkata, mereka secara rutin dipukul dan dimalukan di penjara, manakala air dan makanan adalah terbatas.
“Semasa dibebaskan, askar-askar Israel mengarahkan mereka menundukkan kepala dan kemudian memukul mereka,” katanya. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azri Iskandar dituduh gila dan reka cerita
- BCL dapat ‘lampu hijau’ keluarga mentua untuk nikah Tiko
- Johor pertama tubuh pusat pemulihan seks sejenis
- Keajaiban bayi 37 hari
- Hamas jemput Elon Musk saksi kemusnahan di Gaza
- Siti Nurhaliza akan atasi rekod Coldplay
- Kamu biadap sokong PM – Razali
- Bersatu tercabar gelombang hijau PAS
- Alif Teega – Biodata, Profil dan Latar Belakang
- Alif Teega Nafi Pukul Aisyah & Berseronok Dengan Perempuan Lain
- Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]
- Sorok wang RM153,000 daripada Isteri akhirnya dirembat oleh skandal sendiri
- 4 pelajar universiti ditahan di Muar, polis jumpa ganja di kolej kediaman
- Dulu kata gemuk, dah kurus kata suntik
- Proton S70 dilancar harga bermula daripada RM73,800
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena