3 tahun didera kekasih, kepala gadis bernanah, mata buta
3 tahun didera kekasih, kepala gadis bernanah, mata buta

JAKARTA – Polis di Bandung, wilayah Jawa Barat memburu seorang lelaki yang melarikan diri selepas mendera dan mengurung kekasihnya selama tiga tahun di rumah sewa suspek, lapor laman berita Detik. Pemulihan kecederaan kepala
Penderaan yang dilakukan oleh suspek dikenali sebagai TH terhadap mangsa, YTR, 29, dilaporkan kepada pihak berkuasa, baru-baru ini.
YTR mengalami cedera parah termasuk gangguan penglihatan, bibir sumbing, sukar bercakap dan ketidakupayaan untuk berjalan.
Kakak mangsa, Melanie Silviani berkata, adiknya masih dirawat di Hospital Hasan Sadikin.
“Luka di muka dan kepala mangsa baru sahaja dibersihkan kerana terdapat nanah. Dia kini boleh berkomunikasi tetapi suaranya tidak jelas,” kata Melanie.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
Apabila ditanya tentang perkataan pertama yang dinyatakan oleh mangsa, Melanie berkata YTR memohon maaf.
“Apabila doktor bertanya tentang punca kecederaannya, YTR mula menangis dan mengatakan dia terjatuh di dalam bilik mandi. Tidak lama kemudian, dia mengaku diseksa oleh teman lelakinya.
“Pada mulanya dia tidak jujur. Mangsa diberitahu sekiranya penderaan tersebut diketahui oleh orang lain, dia akan dipukul dengan teruk,” tambah Melanie.
Melanie menggesa pihak berkuasa untuk menangkap pelaku dengan segera dan memberikan hukuman yang setimpal. – AGENSIKesedaran keganasan rumah tangga
3 tahun didera kekasih, kepala gadis bernanah, mata buta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Kekal Pendirian, Fokus Kestabilan Demi Rakyat – Onn Hafiz
- Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara
- Senarai Calon BN PRN Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat
You must be logged in to post a comment.