Venezuela bergegar, bangunan runtuh sekelip mata

Venezuela bergegar, bangunan runtuh sekelip mata

Venezuela bergegar, bangunan runtuh sekelip mata
PEKERJA penyelamat membawa keluar seorang mangsa daripada bangunan runtuh akibat gempa bumi di Caracas semalam. – AFP

CARACAS – Dua gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 dan 7.5 menggegarkan kawasan sama di Venezuela semalam, menyebabkan sebilangan bangunan runtuh, lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan wartawan AFP.

Gempa berkembar itu mencetuskan suasana panik di ibu negara, Caracas dengan orang ramai menjerit dan bertempiaran lari keluar ke jalanan.

“Tidak diketahui sama ada berlaku kematian tetapi bangunan-bangunan runtuh dan bumbung berkecai,” kata Menteri Dalam Negeri Diosdado Cabello.

Wartawan AFP melihat sebuah bangunan 22 tingkat musnah sepenuhnya di kejiranan Altamira, Caracas.

Gempa pertama berpusat 21 kilometer ke barat bandar pesisir Moron dan berlaku pukul 6.04 pagi (waktu Malaysia), kata USGS. Seminit kemudian, gempa bermagnitud 7.5 pula

melanda kira-kira 45 kilometer jauhnya.

Pada kedalaman 10 kilometer, gegaran kedua mendorong jeritan panik di sebuah pusat beli-belah di Caracas, demikian menurut seorang lagi wartawan AFP. Pusat gempa pertama berada pada kedalaman 22 kilometer bawah tanah. – AFP

Venezuela bergegar, bangunan runtuh sekelip mata


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker