Bekas lombong di Lombok jadi ‘padang pasir’, gamit kehadiran pelancong
Bekas lombong di Lombok jadi ‘padang pasir’, gamit kehadiran pelancong

JAKARTA – Sebuah kawasan bekas lombong bijih besi di Dusun Dedalpak, Desa Pohgading, Lombok Timur dalam wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB) kini menjadi bualan hangat dan tular di media sosial Indonesia selepas berubah menjadi destinasi pelancongan baharu yang unik, lapor portal berita detikBali.
Timbunan sisa perlombongan di kawasan tersebut kini menarik perhatian ramai kerana landskapnya yang kelihatan sangat mirip dengan suasana padang pasir di Asia Barat.
Rata-rata pengunjung yang datang tidak melepaskan peluang untuk bergambar.
Malah, ada yang sanggup memakai busana jubah lengkap berserban di kepala semata-mata untuk menghidupkan suasana ‘gurun’ di kawasan berkenaan, terutamanya ketika menjelang waktu matahari terbenam.Panduan Perjalanan & Kisah Perjalanan
Seorang pengunjung remaja, Asma Rani, 17, berkata, dia mengunjungi pantai bekas lombong tersebut selepas melihatnya di aplikasi TikTok.
“Saya tahu mengenai tempat ini daripada TikTok. Saja datang ke sini sebab teringin nak cuba bergambar seperti yang sedang tular di media sosial,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
Selain keunikan landskap, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman menunggang kuda mengelilingi bukit pasir tersebut yang disediakan oleh penduduk kampung berdekatan.
Menurut seorang pengurus kawasan tersebut, Apriadi, timbunan pasir itu sebenarnya sisa buangan daripada aktiviti perlombongan bijih besi yang pernah dikendalikan oleh syarikat tempatan, PT AMG.
“Kawasan ini mula dibanjiri orang ramai sejak seminggu lalu selepas video mengenainya tular. ramai datang kerana perasaan ingin tahu,” ujarnya. – AGENSI
Bekas lombong di Lombok jadi ‘padang pasir’, gamit kehadiran pelancong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Kekal Pendirian, Fokus Kestabilan Demi Rakyat – Onn Hafiz
- Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara
- Senarai Calon BN PRN Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat
You must be logged in to post a comment.