Lelaki tumbuk ibu kandung dipenjara setahun

Lelaki tumbuk ibu kandung dipenjara setahun

TELUK INTAN: Buruh ladang kelapa sawit dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana menumbuk ibu kandungnya selepas tidak diberikan RM10 untuk membeli dadah.

Majistret T Ashvinii menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Chai Chon Tak, 29, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.



Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan ibu kandungnya, Hew Yoke Cheng, 50, cedera dalam kejadian di 2873, bangunan Pejabat DAP, Lorong Taman Langkap Jaya, di sini, pada jam 3 petang, Isnin lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu didapati menumbuk lengan kiri ibu kandungnya kerana tidak memberikan RM10 untuk tujuan membeli dadah.

Mangsa bertindak membuat laporan polis kerana kejadian itu sering kali berlaku serta takut terjadi perkara yang tidak baik terhadapnya, polis kemudiannya menahan suspek di tepi jalan Desa Maju Langkap, jam 9.30 malam hari yang sama.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), F Faustina.

Faustina dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara minimum memandangkan tertuduh adalah lelaki bujang yang menanggung ibu bapanya.

Izzudin Fakri pula memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara setimpal tempohnya dengan mengambil kira tertuduh mengasari ibu kandungnya sendiri di khalayak ramai berpunca meminta wang untuk membeli dadah serta hukuman bertujuan sebagai pengajaran untuk orang ramai.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dihukum penjara satu tahun daripada tarikh ditahan Isnin lalu. BH



Lelaki tumbuk ibu kandung dipenjara setahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker