Sanusi akui berdiri ketika mesyuarat sehingga Anwar minta pegawai berikannya kerusi
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan dia tidak diberikan tempat duduk ketika mesyuarat di Alor Setar sebelum mengiringi Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke Sadao, Thailand.
Sanusi membangkitkan perkara itu ketika menyuarakan isu ‘Little Napoleon’ yang menurutnya cuba mengeruhkan hubungannya dengan Anwar.
Menurutnya, walaupun perbincangan itu berkaitan dengan tanah yang berada di bawah kuasa negeri, dia tidak diberi tempat untuk turut serta sehinggalah Anwar meminta dia diberikan kerusi.
“Saya berdiri sebab tak ada kerusi, tapi saya ucap terima kasih kepada perdana menteri yang nampak saya berdiri lama dan dia minta saya diberikan kerusi. Saya bukan rasa terhina tapi nak maklumkan bahaya permainan ‘Little Napoleon’ yang mencatur hubungan pemimpin supaya berlaku pertembungan, pergaduhan dan tak puas hati.
“Saya tahu ini permainan pegawai terbabit supaya saya terus serang perdana menteri tetapi saya tidak berbuat demikian kerana pada pandangan saya dia pada hari itu memainkan peranan sebagai perdana menteri tapi pegawai yang susun rombongan itu cuba main politik, lebih sudu daripada kuah,” katanya pada sesi penggulungan sidang DUN hari ini, seperti dipetik Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut, Sanusi berkata dia tidak menyalahkan Anwar atas apa yang berlaku kerana ia berpunca daripada permainan ‘Little Napoleon’ yang didakwanya melibatkan pegawai lantikan politik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Pejabat Kementerian Luar.
“Saya hadir atas kapasiti Menteri Besar Kedah yang dijemput untuk mengikuti delegasi itu bermula pukul 10 pagi hingga 3.40 petang. Jemputan yang diuruskan oleh pegawai tadbir diplomatik (PTD) di PMO dan Pejabat Menteri Besar Kedah berdasarkan prosedur biasa dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara luar dan persekutuan dengan negeri.
“Saya dapati semua urusan disusun cantik di mana saya dijadualkan ikuti rombongan perdana menteri dari lapangan terbang sehingga ke lapangan terbang semula. Tapi bila sampai pagi itu ada perubahan oleh pegawai Kementerian Luar, ada permainan bila mereka masuk campur sehingga jadi celaru,” katanya lagi.
Katanya lagi, dia telah memaklumkan perkara itu kepada setiausaha politik Anwar berkenaan perkara itu dan berharap pegawai yang terlibat belajar menghormati pemecahan bidang kuasa dalam konsep federalisme.
“Jangan pentingkan dendam politik dalam urusan pentadbiran kerajaan kerana dalam lawatan itu saya bawa pegawai paling kanan di Kedah (Setiausaha Kerajaan Negeri), saya tak bawa pegawai lantikan politik kerana ini urusan kerajaan.
“…Pegawai lantikan politik jangan atur bagi bos-bos berkelahi sebaliknya bagi bos-bos ini berbaik baru hubungan kerajaan sejuk kerana kalau tidak sampai kiamat pun kita tak akan berbaik,” katanya lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azri Iskandar dituduh gila dan reka cerita
- BCL dapat ‘lampu hijau’ keluarga mentua untuk nikah Tiko
- Johor pertama tubuh pusat pemulihan seks sejenis
- Keajaiban bayi 37 hari
- Hamas jemput Elon Musk saksi kemusnahan di Gaza
- Siti Nurhaliza akan atasi rekod Coldplay
- Kamu biadap sokong PM – Razali
- Bersatu tercabar gelombang hijau PAS
- Alif Teega – Biodata, Profil dan Latar Belakang
- Alif Teega Nafi Pukul Aisyah & Berseronok Dengan Perempuan Lain
- Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]
- Sorok wang RM153,000 daripada Isteri akhirnya dirembat oleh skandal sendiri
- 4 pelajar universiti ditahan di Muar, polis jumpa ganja di kolej kediaman
- Dulu kata gemuk, dah kurus kata suntik
- Proton S70 dilancar harga bermula daripada RM73,800
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM
Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar