Ini sebab kenapa Tajuddin dipecat sebagai Ahli MKT UMNO

Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kerana melanggar keputusan parti, kata presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datuk tidak menyatakan kesalahan yang dilakukan Tajuddin.

Dia sebaliknya meminta pemberita bertanya sendiri kepada ahli parlimen Pasir Salak itu.



“Saya fikir tanyalah dia sendiri, itu yang sebaiknya. Tidak adil jika saya beritahu umum…tentunya dia tahu apa yang dia lakukan.

“Apa kenyataan yang telah dia buat, apakah bahan-bahan ucapan atau ceramah-ceramah atau bahan-bahan yang dia nyatakan dalam mesyuarat tertutup, tanya dia sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair Aspirasi anjuran Pemuda BN di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam media melaporkan Tajuddin dipecat daripada jawatan MKT Umno menerusi surat bertarikh 21 Jun lalu yang ditandatangi setiausaha agung Ahmad Maslan.

Tajuddin ketika dihubungi meminta Malaysiakini agar bertanya kepada pucuk pimpinan Umno berhubung sebab pemecatannya.



Tiada mekanisme rayuan

Sementara itu ditanya sama ada Tajuddin boleh merayu, Ahmad Zahid berkata sebagai ahli MKT yang dilantik tiada mekanisme untuk berbuat demikian.

Katanya, sebagai ahli MKT parti, Tajuddin sepatutnya akur dengan segala keputusan yang telah dibuat parti.

“Kuasa pelantikan (MKT) ikut perlembagaan adalah kuasa presiden parti, saya berpendirian bahawa mana-mana ahli MKT seharusnya mematahui arahan dan ketetapan parti.



“Suatu ketetapan harus dipatuhi, kita boleh berbeza pendapat di dalam perbincangan atau mesyuarat tetapi jika sesuatu keputusan itu dibuat keputusan itu (adalah) keputusan parti,” katanya lagi.

‘Dia banyak di luar negara lepas ini’

Sementara itu, seorang ahli MKT Umno yang enggan namanya didedahkan berkata tiada kemelut dalaman parti berkait dengan penamatan jawatan Tajuddin sebagai ahli MKT Umno.

Sebaliknya keputusan diambil sebagai persiapan untuk menghadapi PRU15 bagi merangka strategi mencipta kemenangan.



“Tak ada masalah dalaman parti, Tajuddin akan dilantik sebagai duta besar dan Umno dalam persiapan menghadapi PRU15.

“Selepas ini dia (Tajuddin) akan lebih banyak berada di luar negara, sedangkan kita dalam persiapan untuk menghadapi PRU15, jadi pasti susah untuk dia selalu bersama jika ada mesyuarat ataupun perbincangan,”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker