Dengar suara 32 juta rakyat, bukan 1200 – Anwar
Dengar suara 32 juta rakyat, bukan 1200 – Anwar
Anwar Ibrahim berkata tinjauan pendapat penerimaan setahun pentadbirannya harus mengukur suara 32 juta rakyat bukan hanya sekelompok kecil, merujuk dapatan firma penyelidikan Merdeka Center.
Mengulas rating firma itu yang mendapati ratingnya menurun, perdana menteri berkata beliau mengambil maklum dapatan terbabit namun kajiannya hanya membabitkan 1,200 responden.
“Kajian dia 1,200 orang. Kita dengar pandangan dia.
“Tetapi kita kena cuba menyantuni 32 juta orang,” katanya ditemui media menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari di Surau Al-Furqan, Presint 11 hari ini.
Rabu lalu, Merdeka Center mengeluarkan dapatannya yang menunjukkan rating penerimaan terhadap Anwar menurun selepas setahun pentadbirannya.
Membandingkan kaji selidik penghujung bulan lalu dengan Disember tahun lalu iaitu sebulan selepas Anwar mentadbir Putraya, firma itu berkata separuh pengundi memberi maklum balas positif berbanding 68% sebelum ini.
Mengambil maklum rating kerajaan persekutuan ketika ini berada pada tahap 41%, berbanding 54% pada Disember, kaji selidik menunjukkan tahap tidak puas hati terutama berkaitan ekonomi, meningkat kepada 43% daripada 19%.
Kaji selidik dilaksana dengan dana sendiri membabitkan 1,200 pengundi merangkumi 52% Melayu, 29% Cina, 7% India, 6% Bumiputera Islam, dan 6% Bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak, mencerminkan profil pengundi negara.
Dalam perkembangan lain, Anwar mengesahkan sudah ada calon untuk mengisi jawatan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup (KPDN) yang kosong susulan kematian Salahuddin Ayub.
“Ada. Secepat mungkin,” katanya.
Beliau turut lega dengan pengumuman gencatan senjata selama empat hari di Gaza, Palestin. FMT
Dengar suara 32 juta rakyat, bukan 1200 – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Khlir, Tok Mat ‘berperang’ isu pencen tentera
- Kuala Lumpur ketiga terbaik di Asia, kelapan dunia untuk didiami
- Belajar tinggi-tinggi jadi drebar lori
- Pengundi tua tidak diperlukan di Kemaman
- Tak boleh boikot Mercedes?
- Janna tak tendang saya – Sheila Mambo
- Premis Aman Palestin diserbu SPRM, akaun bank dibekukan
- Thinaah, Pearley bergaduh?
- Profesor jatuh kerusi roda cetus debat kalangan netizen (Video)
- Buang masa pujuk orang tua tak reti bahasa – Hadi
- PN pulun pujuk pemimpin Umno untuk bergabung – Hadi
- Wanita ‘Mat Salleh’ buat hal, selamba bogel di lapangan terbang
- ‘Jangan jadi kancheong’, Aaron Aziz sound siapa?
- Siasatan Hakim Nazlan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan, kerajaan & SPRM bantah
- Hukum berkahwin dengan sepupu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah