Peja ingatkan bukan Hamzah sorang sahaja pemimpin pelapis

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, menyatakan parti itu memiliki ramai tokoh yang berpotensi untuk mengetuai parti dan bukan terhad kepada Hamzah Zainudin.

Katanya dia bersetuju dengan kenyataan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, yang menegaskan ramai pemimpin pelapis yang ada dalam parti termasuk dua naib presiden, Radzi Jidin dan Ronald Kiandee.

Selain itu kata Ahmad Faizal, pemimpin sayap-sayap Bersatu juga memiliki kewibawaan untuk ditonjolkan sebagai ketua parti yang boleh mengambil alih tampuk pimpinan.



“Bukan sahaja nama-nama yang disebut tetapi ramai lagi pemimpin Bersatu ada, (misalnya) Ronald Kiandee, Radzi Jidin dan pemimpin-pemimpin Armada, Srikandi – ini semua mampu mengambil alih tampuk pimpinan,” katanya.

Bekas menteri besar Perak itu berkata demikian ketika ditemu bual wartawan semasa Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi, Armada, Srikandi Muda dan Bersekutu Bersatu di Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini portal FMT melaporkan Muhyiddin sebagai berkata, dia boleh memonopoli jawatan dalam Bersatu tetapi memilih untuk “melihat ke depan dan masa sesuai untuk melatih orang baru”.

Kenyataan bekas perdana menteri tu dipercayai merujuk kepada pemilihan Hamzah yang juga ahli parlimen Larut sebagai ketua pembangkang.



Hamzah merupakan setiausaha agung Bersatu.

Dalam pada itu, Faizal memberitahu bahawa pemilihan Bersatu ditangguhkan ke tahun hadapan.

“Pemilihan hanya akan dibuat pada tahun hadapan.

“Kami telah buat keputusan untuk menangguhkan pemilihan selama 18 bulan mengikut yang dibenarkan dalam perlembagaan,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai



Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi



Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker