Zahid Hamidi selesai jalani pembedahan, kini dalam ‘fasa berehat’

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata dia kini dalam tempoh berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor, sebelum kembali bertugas.

Dia yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah memaklumkan perkembangan itu menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

“Alhamdulilah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan saya selepas menjalani pembedahan tempoh hari.



“Seperti yang dinasihatkan oleh doktor, saya dalam tempoh berehat sebelum kembali bertugas.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta menempatkan kita semua dalam rahmat dan kasihnya,” katanya.

Dia juga melampirkan gambarnya yang sedang tersenyum.

Presiden Umno itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai jenis pembedahan yang dilaluinya.



Ahad lalu, anak Ahmad Zahid, Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan Khamis lepas.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker