Messi kini pemilik baharu satu lagi kelab Sepanyol
Messi kini pemilik baharu satu lagi kelab Sepanyol

Madrid: Kelab divisyen dua Sepanyol, CD Eldense, mengesahkan bintang Argentina, Lionel Messi, mencapai persetujuan pada prinsipnya untuk menjadi pemilik baharu kelab berkenaan.
Penyerang Inter Miami itu hampir memuktamadkan pembelian 100 peratus saham milik kumpulan pelaburan Colombia, TH Soluciones Group SAS, yang kini ialah pemegang saham majoriti Eldense.
Cornella, yang beraksi di divisyen kelima piramid bola sepak Sepanyol, mempunyai reputasi melahirkan pemain berbakat menerusi program bola sepak akar umbi dan akademi remaja, dengan beberapa pemain keluaran akademi mereka menyertai bekas kelab Messi, Barcelona, selama ini.
Dia juga dijangka menerima pegangan saham dalam kelabnya ketika ini, Inter Miami, selepas kontrak sebagai pemain berakhir. Laporan media Sepanyol pada Selasa menyebut pembelian Eldense dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembali Berhimpun Di Rumah Bangsa, Perkukuh Saf – Ahmad Zahid
- ‘Rule of Law’ Tidak Boleh Ada Dua Piawaian
- Taklimat: Saranan, Hasrat Presiden Dirangkul Akar Umbi Segenap Lapisan
“Buat masa ini, urusan berkenaan masih menunggu penyelesaian prosedur undang-undang dan kontrak terakhir, termasuk proses usaha wajar yang berkaitan, selain mendapatkan kebenaran wajib daripada Majlis Sukan Tertinggi (CSD),” kata Eldense kepada Reuters.
Kelab berkenaan tidak dapat memberikan tarikh tepat untuk penyelesaian urus niaga itu. TH Soluciones Group turut dihubungi untuk mendapatkan komen.
Eldense kini menduduki tangga ke-20 dalam saingan Segunda selepas diambil alih TH Soluciones Group pada Oktober lalu. Eldense meningkat ke divisyen kedua Sepanyol selepas bertahun-tahun beraksi dalam liga peringkat wilayah.
Bagaimanapun, Messi tidak boleh berbelanja besar untuk mendapatkan pemain baharu bagi Eldense susulan peraturan had gaji yang ketat di Sepanyol.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026: Lebih 111 Reruai Usahawan Warnai WTCKL
- UMNO Tegas Pertahan Kuasa Pengampunan Yang Di-Pertuan Agong
- PAU 2026: UMNO Kembali Kepada Amanah Rakyat
Dinobat Ketua Penerangan Bahagian Terbaik, Azmee Hargai Pengiktirafan
Messi ialah antara beberapa nama besar dalam bola sepak Sepanyol yang menjadi pemilik kelab. Bekas rakan sepasukannya, Gerard Pique, menerusi kumpulan Kosmos memiliki Andorra yang turut beraksi di divisyen kedua Sepanyol.
Penyerang Real Madrid, Vinicius Jr dan Kylian Mbappe pula ialah sebahagian daripada kumpulan pelaburan yang masing-masing menjadi pemegang saham majoriti Alverca di Portugal dan SM Caen di Perancis.
Messi kini pemilik baharu satu lagi kelab Sepanyol
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhasabah, Lupakan Kekurangan Dan Kembali Bersatu – Ahmad Zahid
- UMNO Mesti Berdikari, Bangunkan Kekuatan Dengan Strategi Sendiri
- UMNO Terbuka Bekerjasama Demi Perjuangan Bangsa Dan Agama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.