Malaysia lakar sejarah, layak Piala Dunia 2027
Malaysia lakar sejarah, layak Piala Dunia 2027

Kuala Lumpur: Malaysia menempah tiket automatik ke Piala Dunia Hoki Remaja 2027 selepas menewaskan China 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B Hoki Piala Asia Remaja 2026, hari ini.
Kemenangan itu diraih hasil jaringan padang Muhammad Safwan Salihe pada minit kelapan, sekali gus memastikan skuad remaja negara mara ke separuh akhir selain layak secara merit ke pentas dunia tahun depan.
Malaysia yang sebelum ini tewas 2-5 kepada Pakistan bagaimanapun bangkit dengan aksi lebih kemas untuk menundukkan China dalam perlawanan cukup penting bagi menentukan nasib mereka dalam kejohanan berkenaan.
Jaringan awal Safwan menjadi pemisah apabila Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan 1-0 sehingga tamat permainan bagi mengesahkan kemaraan ke kelompok empat terbaik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembali Berhimpun Di Rumah Bangsa, Perkukuh Saf – Ahmad Zahid
- ‘Rule of Law’ Tidak Boleh Ada Dua Piawaian
- Taklimat: Saranan, Hasrat Presiden Dirangkul Akar Umbi Segenap Lapisan
Malaysia seterusnya akan berdepan India di separuh akhir dalam usaha meneruskan momentum dan memburu peluang melangkah ke final Piala Asia Remaja 2026.
Malaysia lakar sejarah, layak Piala Dunia 2027
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhasabah, Lupakan Kekurangan Dan Kembali Bersatu – Ahmad Zahid
- UMNO Mesti Berdikari, Bangunkan Kekuatan Dengan Strategi Sendiri
- UMNO Terbuka Bekerjasama Demi Perjuangan Bangsa Dan Agama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.