Rexy idam emas, skuad Badminton negara sasar perak, gangsa
Rexy idam emas, skuad Badminton negara sasar perak, gangsa

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky mengimpikan pingat emas badminton pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, namun sasaran rasmi kontinjen negara kekal satu perak dan satu gangsa.
Rexy berkata, sasaran berkenaan dibuat berdasarkan realiti semasa termasuk undian yang sukar serta prestasi tidak menentu beberapa pemain, namun beliau percaya barisan negara mempunyai keupayaan untuk melangkaui sasaran itu di Nagoya.
“Secara rasmi, kita masih dengan sasaran realistik iaitu perak dan gangsa. Tetapi jauh di sudut hati, saya percaya pemain mampu buat lebih daripada itu. Sudah tentu kita mahu emas kerana semua orang mahu Malaysia menang emas.
“Ini temasya yang berlangsung empat tahun sekali dan pencapaian di Sukan Asia juga boleh menjadi petunjuk bagaimana kita bergerak ke arah Los Angeles 2028,” katanya selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia, Mohamad Azlan Iskandar di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.
Bekas juara Olimpik dan Sukan Asia itu menganggap gandingan profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sebagai taruhan terbaik negara dalam beregu lelaki, namun tidak menolak kemampuan gandingan baharu Aaron Chia-Tee Kai Wun untuk mencipta kejutan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembali Berhimpun Di Rumah Bangsa, Perkukuh Saf – Ahmad Zahid
- ‘Rule of Law’ Tidak Boleh Ada Dua Piawaian
- Taklimat: Saranan, Hasrat Presiden Dirangkul Akar Umbi Segenap Lapisan
“Sze Fei-Izzuddin memang kita harapkan, tetapi itu tidak bermakna kita ketepikan Aaron-Kai Wun. Kita perlu bersedia dengan undian kerana mereka boleh berada di mana-mana dalam undian,” katanya.
Dalam acara beregu wanita pula, Rexy mengakui kedudukan Pearly Tan-M Thinaah yang kini di luar kelompok empat pilihan utama selepas prestasi tidak konsisten pada Kejohanan Dunia dan Masters baru-baru ini bakal memberi kesan terhadap undian mereka.
“Apabila mereka bukan lagi dalam kelompok empat pilihan utama, ia akan memberi kesan kepada undian,” katanya.
Sementara itu, ketiadaan Toh Ee Wei akibat kecederaan menyaksikan Chen Tang Jie digandingkan bersama Cheng Su Yin untuk cabaran beregu campuran, namun Rexy menegaskan perubahan itu tidak menjejaskan semangat skuad negara.
“Untuk beregu campuran, tanpa Ee Wei yang cedera, Tang Jie digandingkan dengan Su Yin. Tetapi kita tidak hilang motivasi. Sasaran kita kekal satu perak dan satu gangsa secara keseluruhan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026: Lebih 111 Reruai Usahawan Warnai WTCKL
- UMNO Tegas Pertahan Kuasa Pengampunan Yang Di-Pertuan Agong
- PAU 2026: UMNO Kembali Kepada Amanah Rakyat
Dinobat Ketua Penerangan Bahagian Terbaik, Azmee Hargai Pengiktirafan
Malaysia kali terakhir meraih emas badminton di Sukan Asia menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi Doha 2006, sekali gus menjadikan Aichi-Nagoya peluang untuk menamatkan penantian dua dekad negara.
Dengan Rexy secara peribadi menyimpan impian untuk emas, skuad negara dijangka turun di Nagoya bukan sekadar memenuhi sasaran rasmi, sebaliknya cuba membuktikan mereka mampu menghasilkan sesuatu yang lebih besar.
Rexy idam emas, skuad Badminton negara sasar perak, gangsa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhasabah, Lupakan Kekurangan Dan Kembali Bersatu – Ahmad Zahid
- UMNO Mesti Berdikari, Bangunkan Kekuatan Dengan Strategi Sendiri
- UMNO Terbuka Bekerjasama Demi Perjuangan Bangsa Dan Agama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.