Beg mahasiswi dicuri ketika sujud solat zuhur
Beg mahasiswi dicuri ketika sujud solat zuhur

JAKARTA – Perbuatan seorang pencuri mengambil kesempatan mencuri beg seorang mahasiswi yang sedang sujud ketika mengerjakan solat dirakam televisyen tertutup (CCTV), lapor saluran berita Lambe Turah.
Dalam kejadian di Masjid Al-Fatah, Kota Makkasar, wilayah Sulawesi Selatan pada Rabu lalu itu, mangsa dikenali sebagai N kerugian kira-kira 10 juta rupiah (RM2,200) selepas beg miliknya dilarikan pencuri.
Pegawai polis tempatan, AKP Jafar Ahmad mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden berkenaan daripada mangsa.
“Laporan polis dibuat di Balai Polis Rappocini. Mangsa menyedari beg miliknya hilang sejurus selesai menunaikan solat zuhur,” katanya ketika dihubungi media tempatan.
Menurut Jafar, beg yang dilarikan itu mengandungi sebuah komputer riba, pengecas, serta sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembali Berhimpun Di Rumah Bangsa, Perkukuh Saf – Ahmad Zahid
- ‘Rule of Law’ Tidak Boleh Ada Dua Piawaian
- Taklimat: Saranan, Hasrat Presiden Dirangkul Akar Umbi Segenap Lapisan
Bagaimanapun, tiada wang tunai dilaporkan hilang.
Berdasarkan analisis CCTV di dalam masjid, mangsa dilihat solat seorang diri sebelum suspek lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi masuk menerusi pintu belakang.
Suspek menceroboh ruang solat wanita dan melarikan beg itu ketika mangsa dalam posisi sujud.
Polis giat menjalankan siasatan lanjut dengan memanggil beberapa saksi serta meneliti rakaman CCTV bagi mengenal pasti identiti dan menjejaki keberadaan suspek. – AGENSI
Beg mahasiswi dicuri ketika sujud solat zuhur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhasabah, Lupakan Kekurangan Dan Kembali Bersatu – Ahmad Zahid
- UMNO Mesti Berdikari, Bangunkan Kekuatan Dengan Strategi Sendiri
- UMNO Terbuka Bekerjasama Demi Perjuangan Bangsa Dan Agama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.