Pertandingan ratu cantik undang bala Allah, Dewan Rakyat diberitahu

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meminta kerajaan menilai semula penganjuran ratu cantik yang akan diadakan di negara ini kerana risau program itu akan mengundang bala dari Allah.

Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit), berkata pengajuran Miss World Noble Queen di Kuala Lumpur yang dijadualkan Disember depan ketika rakyat Palestin ditindas dan negara berdepan musim tengkujuh adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Jadi saya bantah pertandingan ratu cantik ini, jadi saya minta hormati nilai-nilai Islam, kerana majoriti rakyat di negara ini beragama Islam dan Islam adalah agama rasmi persekutuan.



“Adakah kita nak tunggu bala yang datang disebabkan kemaksiatan yang kita lakukan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Muhammad Ismi berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (Motac).

Teresa Kok (PH-Seputeh)

Susulan itu, Teresa Kok (PH-Seputeh) bangkit mencelah dan mendakwa pengajuran program tersebut tiada kaitan dengan kerajaan.

Namun, Muhammad Ismi menegaskan ia mendapat sokongan Motac.



“Azab dan bala ini dia tidak pilih orang yang melakukan (maksiat) sahaja. Dia umumkan kepada semua orang,” kata Muhammad Ismi.

Willie Mongin (GPS- Puncak Borneo)

Willie Mongin (GPS- Puncak Borneo) kemudian tampil mencelah dengan berkata, dia tidak bersetuju dengan kenyataan Muhammad Ismi bahawa penganjuran ratu cantik itu tidak menghormati agama Islam.

Katanya, dalam masyarakat majmuk, kepelbagai kaum dan agama harus dihormati.

“Pertandingan ratu cantik menjadi bala dan tidak menghormati agama Islam, saya rasa itu harus ditarik baliklah. Saya merasakan kita harus meraikan kepelbagaian itu.



“Dan bukan bermakna ia menganggu gugat agama lain,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker